web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


K-Pop Seventeen, Dayang Jayakan Lazada 11.11 Super Show 

Selain Seventeen, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan Usop, Lazada 11.11 Super Show turut dijayakan artis tempatan yang akan beraksi dalam siri permainan menarik. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 5:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara beli-belah tahunan terbesar, Lazada 11.11 Super Show kembali dengan persembahan menarik barisan selebriti popular dari Korea dan Malaysia. 

Dikendalikan Haziq Hussni dan Sean Lee sebagai hos, Lazada 11.11 Super Show akan dijayakan kumpulan K-Pop Seventeen, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan Usop.

Bersiaran langsung dari Putra Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula jam 9 malam ini, edisi tahun ini akan menyaksikan persaingan antara dua pasukan iaitu pasukan biru (Team Blue) dan pasukan pink (Team Pink) untuk bersaing dalam siri permainan, nyanyian, sketsa dan juga pelbagai cabaran yang menarik! 

Adakah pasukan biru yang diketuai Ain Edruce bersama Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Neeta Manis yang akan menang atau ia berpihak kepada pasukan pink yang dipimpin Sissy Imann beserta ahli-ahlinya iaitu Nora Danish, Luqman Faiz dan Usop?

Pelbagai tawaran harga hebat dan baucar eksklusif berjumlah RM40,000 serta tiga buah kereta akan menjadi rebutan penonton sepanjang berlangsungnya siaran Lazada 11.11 Super Show ini dengan barisan pelbagai jenama barangan terkenal dan mewah. 

Saksikan siaran langsung Lazada 11.11 Super Show menerusi saluran YouTube TV3Malaysia dan saluran penstriman langsung dalam aplikasi LazLive.

Lazada 11.11 adalah acara Jualan Sehari Terbesar Lazada yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus dengan jaminan harga terendah beserta penghantaran percuma.

Maklumat lanjut tentang Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale dan Lazada 11.11 Super Show boleh diperolehi menerusi pautan www.lazada.com.my. - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Gaya 2 minggu yang lalu

6 Tip Membeli-belah Dengan Selamat Dalam Talian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara