web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muat Naik Sedutan Filem, Netizen Mahu Ameera Khan Dikenakan Tindakan Tegas

Tular di media sosial apabila adik kepada Noor Neelofa ini telah memuat naik sedutan filem 'House Of Gucci' di Instagram Story sewaktu tayangan istimewa filem berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 3:12PM

Gambar: IG @littlemisskhan dan IMDb

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh di laman media sosial apabila seorang pengguna akaun Twitter telah mendedahkan tindakan pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan yang telah memuat naik sedutan filem House Of Gucci ketika sebuah sesi tayangan khas.

Pengguna Twitter berkenaan telah mempersoalkan pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) adakah perkara yang dilakukan oleh Ameera itu dibenarkan sewaktu berada di dalam pawagam.

Ameera yang juga merupakan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa, telah memuat naik beberapa buah gambar sedutan filem yang dibintangi Lady Gaga itu ketika berada di dalam pawagam. 

Tangkapan layar Instagram @littlemisskhan
Tangkapan layar Instagram @littlemisskhan

Filem House of Gucci akan ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 13 Januari ini. Namun tayangan khas filem berkenaan telah dianjurkan lebih awal di GSC Gardens Mall dengan kehadiran selebriti tempatan.

GSC yang peka dengan pertanyaan pengguna Twitter berkenaan telah membalas ciapan itu dengan menjelaskan bahawa sebarang bentuk rakaman di dalam pawagam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Tangkapan layar Twitter @GSCinemas
Tangkapan layar Twitter @GSCinemas

“Kami memandang serius akan perkara ini dan telah melaporkan insiden ini kepada pihak yang berwajib. Terima kasih kerana membangkitkan perkara ini,” tulis GSC dalam komen balasnya.

Dalam satu ciapan yang lain pula, GSC memberitahu bahawa perkara ini telah pun sampai ke pihak pengedar filem berkenaan iaitu United International Pictures dan mereka akan mengambil tindakan susulan.

Sementara itu, menerusi tinjauan di bahagian komen balas, ramai netizen yang memberikan pelbagai pendapat mengenai isu ini.

Ada yang mahu Ameera dikenakan tindakan tegas, namun ada juga yang berpendapat bahawa apa yang dimuat naik Ameera itu hanyalah foto bukannya video. 

Ada juga netizen yang mengaitkan perbuatan Ameera itu dengan Neelofa yang pernah melakukan hal yang sama sewaktu menonton filem Lion King satu ketika dahulu. 

Semoga kita semua lebih berhati-hati ketika menonton filem di pawagam dan menjadi penonton yang lebih bertanggungjawab.

Menurut pengurus perhubungan awam GSC, Encik Mohd Sharmine Ishak, GSC sangat memandang serius akan isu rakaman di dalam pawagam dan telah memastikan segala arahan pencegahan sebarang bentuk rakaman dipaparkan sebelum tayangan filem bermula.

“Untuk memastikan insiden sedemikian tidak berlaku atau dicegah, semua pemeriksaan kami didahului oleh PSA yang mengingatkan penonton tentang akibat rakaman haram, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000, atau kedua-duanya. 

“Selain itu, kakitangan kami juga menjalankan rondaan dewan secara berkala untuk melihat kemungkinan kejadian sedemikian.

“Pengunjung yang didapati merakam dinasihatkan berhenti merakam dan memadam rakaman dan boleh dikeluarkan dari dewan dan diserahkan kepada pihak berkuasa jika mereka terus berbuat demikian.

“Perkara sedemikian juga dilaporkan kepada pemilik hak cipta, iaitu studio dan pengedar yang bertanggungjawab ke atas kandungan tersebut,” katanya. 

Ditanya adakah pihak GCS akan mengambil tindakan terhadap Ameera dan beberapa lagi individu lain yang merakam sedutan filem berkenaan, katanya pihak GSC telah melaporkan isu ini kepada pihak pengedar dan menyerahkan kepada mereka untuk mengambil tindakan.

“Kami telah menyerahkan perkara ini kepada pihak pengedar. Merekalah yang akan mengambil tindakan undang-undang, jika ada. Memandangkan hak filem bukan milik kami,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 bulan yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

2

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Velvet Bawa Penonton Mengimbau Pengalaman Sinematik Retro

3

TARA 1 tahun yang lalu

Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara