web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah 8 Tahun Sharifah Aini Pergi, Rumah Agamnya Juga Bakal Dijual 

Rumah agam yang meninggalkan banyak kenangan itu bakal dijual dan di luar rumah juga tertera papan tanda tentang pemberitahuan tersebut. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 8:57PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini genaplah lapan tahun pemergian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang telah pun pergi menyahut seruan Ilahi pada 5 Julai 2014 akibat komplikasi fibrosis paru paru di usia 61 tahun. 

Biarpun telah lama pergi tetapi namun suara emas buluh perindunya itu masih lagi berbekas di telinga dan lagu-lagu nyanyiannya yang malar segar masih lagi kemas terpahat di ingatan dan tidak akan jemu didengar sampai bila-bila. 

Telah menghasilkan 140 album, Sharifah Aini telah menghasilkan ratusan rakaman lagu dan lagu-lagu nyanyiannya yang hit tidak terbilang dek jari. 

Antaranya yang cukup diminati adalah 'Hapuslah Airmatamu', 'Tiada Maaf Bagimu', 'Kau Tinggi Di Awan Biru', 'Terbang Helang', 'Kudaku Lari', 'Ingatan Manis Di Bulan September', 'Kau Pergi Tanpa Pesan', 'Hatiku Dicuri Lagi', 'Penyakit Cinta',  'Bunga Tanjung' dan 'Seri Dewi Malam'. 

Menariknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru, Johor yang pernah diberi status gelaran Superstar ini memiliki lagu-lagu dari pelbagai rangkaian genre iaitu pop Melayu, Pop Malaysia, balada, disko, dangdut, Melayu Asli, Ghazal, Inang dan Keroncong.

Semuanya genre lagu ini dikuasai dengan begitu baik oleh juara Bintang Radio Television Singapura 1968 atau Talent Time 68' yang juga anak didik kepada komposer tersohor, Datuk Seri Dr Ahmad Nawab ini. 

Lebih menarik adalah beliau juga telah menghasilkan album studio solo selama 5 dekad sejak mula bergelar penyanyi rakaman selepas dilamar syarikat dilamar syarikat rakaman EMI pada 1969 menerusi album pertama berjudul Seri Dewi Malam. 

Jika hendak diungkap kisah tentang biduanita yang turut digelar sebagai Elizabeth Taylor Malaysia dan Dolly Parton Malaysia ini, sehari semalam juga tidak cukup kerana banyak sisi-sisi lain dalam hidupnya yang tidak diketahui ramai. 

Seorang yang classy dan bijak 

Gemar membaca dan bercampur dengan golongan profesional dan intelektual, Sharifah Aini bijak apabila diajak berbincang dalam pelbagai topik. Sama ada topik itu berkenaan dengan hal ehwal semasa, politik atau ekonomi, dia mampu mengutarakan pandangan itu dengan menarik. 

Dia seorang juga meminati bidang hiasan dalaman dan mempunyai citarasa yang tinggi dalam memilih mereka hias serta memilih barangan hiasan yang ada di rumah agamnya. Setiap ruang tampak begitu mewah dan memiliki identitinya sendiri. 

Tidak hairanlah mengapa ada rakan-rakan baiknya yang melantiknya menjadi personal shopper mereka serta bertindak sebagai juru hiasan dalaman mereka. 

Rumah agamnya ibarat syurga 

Rumah agamnya yang terletak di Petaling Jaya itu adalah tempat Sharifah Aini ‘bebas’ menjadi dirinya sendiri.

 Di rumah itulah dia sering mengadakan jamuan makan bersama rakan-rakan baiknya dan rakan-rakan media yang rapat dengannya. 

Di rumah itu jugalah dia sering mengundang anak-anak tahfiz untuk mengadakan tadarus, kuliah agama atau majlis kesyukuran. 

Bersama rakan-rakan baik dan rakan-rakan media yang rapat, dia gemar bercerita, berjenaka dan ketawa dan melayan mereka dengan penuh istimewa. Masih terbayang lenggok kata-katanya dan gayanya bercerita dan tertawa. 

Namun, sayangnya, rumah agam yang meninggalkan banyak kenangan itu bakal dijual dan di luar rumah juga tertera papan tanda tentang pemberitahuan tersebut. 

Tidak dapat dipastikan siapa yang menetap di rumah itu pada masa sekarang tetapi rumah agam itu kini terasa begitu sepi sekali. 

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa Sharifah Aini dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. - Getaran, 5 Julai 2022

Gambar:  Rumah diambil menggunakan Poco dan Wikipedia

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Villa Balbiano Dalam ‘House Of Gucci’ Boleh Disewa!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara