web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zul Ariffin Hijrah ke Makkah, Rumah 5km Dari Masjidil Haram

Zul berhasrat untuk berhijrah ke Makkah kerana mahu melebarkan perniagaan makanan halal dari Asia di negara-negara Timur Tengah. Baca lebih lanjut!

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 9:14PM

Zul Ariffin - Gambar Instagram Zul Ariffin

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Eloklah, Makkah tempat yang baik.”

Demikian kata pelakon Zul Ariffin semasa berkongsi mengenai perancangannya berhijrah ke Makkah Januari tahun hadapan bagi memberi fokus kepada perniagaan yang diusahakannya.

Sudah lama sebenarnya pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin berhasrat untuk melebarkan perniagaan. Harapan pelakon untuk menjadi usahawan yang membekalkan makanan halal dari Asia melalui mesin layan diri (vending machine) ke negara-negara timur tengah seperti Riyadh, Makkah, Madinah dan Dubai bakal tercapai.

“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya termakbul.  Perniagaan saya akan fokus kepada negara Timur Tengah. Kami akan berpusat di Makkah. Sebab itu rumah saya nanti akan berada di Makkah tak jauh dari Masjidil Haram kira-kira 5km sahaja. 

“Lagi pula eloklah pindah ke Makkah, ia tempat yang baik untuk kita jaga perangai, nak marah pun beringat. Ia tempat yang makbul untuk berdoa. Kos sara hidup pun tidak banyak,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di majlis sidang media Talbis Iblis.

Biarpun bakal menghabiskan banyak masa di Makkah, namun Zul tetap akan berulang-alik ke Malaysia bagi meneruskan kerjayanya sebagai anak seni. 

Cuma pelakon itu mungkin memperlahankan tawaran membintangi drama rantaian sebaliknya lebih cenderung memilih naskhah berbentuk filem.

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.

“Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semkain bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

“Memang akan penat, saya jangka akan sedikit huru-hara. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” tambahnya. 

Terbaharu, Zul bakal tampil memegang watak Nasir dalam sebuah filem seram bertajuk Talbis Iblis. Inilah pertama kali Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu diberikan kesan solekan khas selama empat jam untuk menjayakan watak Nasir. 

Filem yang pernah ditayangkan di Far East Film Festival ke-24 di Udine itu mengisahkan seorang gadis bernama Hajar yang melahirkan anak di suatu tempat secara rahsia. Namun Mak Ju yang menjaga Hajar mempunyai agenda tersendiri. 

Filem arahan Kabir Bhatia yang turut dijayakan Nasha Aziz ini  bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober ini. – 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Jelajah 4 bulan yang lalu

Dubai Buat Si Pertama Kali, Tarikan Anda Patut Pergi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia