web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kami Minta Maaf, Dolla Akhirnya Buka Mulut Tentang Isu Berpakaian Seksi Dalam Sebuah Acara Muzik 

Dolla mendedahkan, penampilan dan gaya mereka pada acara tersebut adalah keputusan syarikat pengurusan melalui perbincangan bersama. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 10:41PM

Pemakaian ahli kumpulan Dolla menjadi perhatian ramai. - Gambar dari Instagram Dolla & Sabronzo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi sasaran kecaman dan hentaman ramai, Dolla tampil bermohon maaf secara terbuka berhubung penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan dalam acara Good Vibes Weekender baru-baru ini.

Walaupun sebelum ini, mereka mengambil pendekatan selamat iaitu dengan,mengunci mulut berhubung isu tersebut, namun Dolla akhirnya mengakui yang berlaku itu adalah kekhilafan mereka sendiri. 

“Kami akan cuba akan perbaiki dan buat yang lebih baik. Selepas menerima maklum balas ramai, kami mencari alternatif, bagaimana untuk bergerak ke hadapan. 

“Semestinya kami akan cuba perbaiki soal penampilan diri kami selepas ini," kata mereka kepada Getaran.

Kumpulan vokal wanita ini dinaggotai empat anak gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel.

Ketika ditanyakan tentang kedudukan sebenar, Dolla mendedahkan, mereka sebenarnya lebih memberikan terhadap bentuk persembahan pada acara berkenaan.

“Kami lebih risaukan mengenai persembahan secara keseluruhan. Lagi- lagi persembahan kali pertama di festival muzik yang berlangsung di sebuah taman tema air popular.

“Jadi terlalu banyak elemen-elemen lain yang kami memberi tumpuan dan kami mengaku terlepas pandang berkenan isu penampilan kami,” akui Dolla.

Kumpulan Dolla turut berkata, akan pastikan penampilan mereka itu sentiasa bersesuaian bagi mencerminkan identiti Malaysia dalam persembahan pentas.

Ditanya berhubung pemilihan penampilan dan gaya mereka bagi acara tersebut, Dolla mengakui ianya keputusan syarikat pengurusan selepas mengadakan perbincangan bersama-samanya.

Terdahulu Dolla dikritik susulan tampil dengan penampilan mencolok mata pada festival muzik berkenaan sekali gus menerima reaksi pelbagai.

Rata-rata netizen berpendapat Dolla tidak mencerminkan identiti serta budaya di negara ini. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara