web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Bersedia Menjadi Calon Jika Dipilih - Ahmad Idham Jawab Spekulasi Bertanding PRU-15

Malah ini akan turut menjadi platform yang lebih besar untuk saya terus memperkasakan perjuangan untuk kehidupan anak-anak istimewa.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 4:00PM

Ahmad Idham - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit dan pengarah filem terkenal, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri sedia bertanding di Port Dickson jika diletakan sebagai calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seperti dicadangkan.

Beliau mengakui, terbuka dan tiada masalah menjadi calon wakil GTA di Port Dickson walaupun pada mulanya agak terkejut dengan pengumuman cadangan pucuk pemimpin partinya.

“Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi calon, dan keputusan untuk mencadangkan nama saya sebagai calon pada PRU-15 semuanya datang dari GTA negeri.

“Namun saya bersyukur juga apabila nama saya dipetik walaupun itu bukan pilihan saya sendiri, dan saya menerima peluang ini sebagai ketentuan tuhan,” katanya kepada Getaran baru-baru ini.

Menurut mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu, cadangan tersebut mungkin dibuat Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Ustaz Zamani Ibrahim.

“Mungkin cadangan untuk memilih nama sebagai calon untuk PRU-15 ini adalah hasrat daripada Ustaz Zamani Ibrahim yang memang tahu perjuangan pergerakan Hab Pendidikan Khas melalui organisasi bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Briged Prihatin serta ahli profesional dan intelektual.

“Jadi saya fikir peluang ini sebagai hasil usaha saya yang sejak memulakan perjuangan Hab Pendidikan Khas ini untuk menyantuni anak-anak istimewa di seluruh negara.

“Malah ini akan turut menjadi platform yang lebih besar untuk saya terus memperkasakan perjuangan untuk kehidupan anak-anak istimewa tidak didiskriminasi selain memartabatkan agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.

Ahmad Idham ketika menyertai Jelajah Komuniti di Bagan Pinang, Port Dickson. - Gambar Instagram ahmad_idham
Ahmad Idham ketika menyertai Jelajah Komuniti di Bagan Pinang, Port Dickson. - Gambar Instagram ahmad_idham

Ketika ditanya mengenai strategi beliau jika menjadi menjadi calon Port Dickson pada PRU-15, Ahmad Idham mengakui dirinya tidak mahir ‘berpolitik’.

“Saya tidak ingin berpura-pura menjadi ahli politik, dan saya tiada ‘any political agenda’ untuk meraih sokongan orang ramai kerana, nama saya dicadang pun hasil usaha perjuangan saya untuk pendidikan golongan anak-anak istimewa yang menjadi falsafah saya sejak dari dulu lagi.

“Saya tidak pandai ‘main politik’ kerana saya memang bukan orang berlatar belakang politik, jadi biar ‘perjuangan’ saya yang berbicara dengan orang di luar sana, biar mereka sendiri lihat kerja saya seperti sebelum ini,” ulas Ahmad Idham.

Sementara itu,berkenaan teguran beliau mengenai isu  anak istimewa yang dijadikan bahan jenaka di pentas-pentas pertandingan, Idham berkata, sebenarnya teguran itu diberikan  secara umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu atau kumpulan. 

“Kalau kita lihat, sudah menjadi ‘trend’ untuk watak anak istimewa dijadikan sebagai bahan lawak dan ia juga seperti sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita.

“Jadi saya mengambil kesempatan itu untuk menegur sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada adik-adik di dalam industri hiburan secara keseluruhannya.

“Jauh di sudut hati ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak-anak istimewa dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang,” jelasnya.

Tambahnya, walaupun teguran tersebut diberi secara keseluruhan, namun reaksi netizen terhadapnya agak mengejutkanya.

“Nama pun dah netizen, ‘negatif citizen’, nak kata apa lagi, memang mereka tidak akan berasa senang dengan teguran saya itu.

“Saya bukanya menegur satu pihak saya hanya memberi peringatan supaya jangan ‘mimik’ kekurangan anak-anak istimewa, itu sahaja.

Beliau berharap, budaya mimik anak-anak istimewa ini tidak menjadi ‘trend’ kepada anak-anak seni di luar sana.

“Harapan saya agar kita tidak terus membudayakan perkara-perkara sebegini kerana ianya akan mempengaruhi anak-anak muda untuk turut melakukan perkara yang sama,” katanya. – Getaran 20, Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara