web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Halim Othman: Subi Adalah Adiwira Saya

Pengacara dan penyampai radio terkenal Halim Othman meluahkan rasa kehilangannya selepas perginya sahabatnya Allahyarham Subi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 5:28PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio dan pengacara, Halim Othman (57) meluahkan perasaan sedih atas berita pemergian rakan penyampai radio veteran, Allahyarham Subarma Mohtaruddin (55) yang selamat kembali ke rahmatullah pada 13 April 2021 bersamaan tanggal 1 Ramadan 1442H lalu.

Halim menyifatkan Subarma atau lebih mesra dengan panggilan Subi sebagai adiwiranya, baik dari sudut kehidupan, mahupun dunia penyiaran radio.

“Subi seorang yang istimewa bagi saya. Dia banyak memberi sokongan ketika saya melalui saat-saat paling mencabar dalam kehidupan saya. Saya anggap Subi adalah adiwira saya,” ujar Halim.

Halim yang pernah berkhidmat selama lebih 20 tahun di tiga stesen swasta bersama Subi mengimbas kenangan mereka bersama.

“Dari segi falsafah radio, saya dan Subi serupa. Kami beranggapan radio adalah audio. Kami tidak bersetuju jika kamera dibawa masuk ke dalam studio radio kerana ia sudah menjadi studio televisyen,” tawanya mengimbas memori.

Tambah Halim, “Kami selalu berbual tentang misteri kehidupan ini kerana sebelum ini Subi pernah berada dalam keadaan koma. Kami selalu berbual tentang kehidupan selepas kematian.”

“Subi pernah memberitahu saya, sewaktu dia koma dahulu, orang-orang yang melawatnya memberitahu kepadanya, dia bergerak-gerak sewaktu azan berkumandang.”

“Seolah-olah dia (dalam koma) dapat mengecam suara azan yang dilaungkan tadi. Dan petang 1 Ramadan itu, isterinya memberitahu saya, Subi pergi semasa azan Zuhur sedang berkumandang.”

“Takdir sudah tertulis, Subi pergi dahulu dijemput Ilahi. Suatu hari nanti saya berharap saya dapat berjumpa semula dengan Subi,” akhiri Halim Othman dalam nada sebak.- Getaran, 16 April 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara