web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Palsu Dan Fitnah Yang Kamu Lemparkan Terhadap Saya Adalah Keterlaluan - Lufya 

“Saya tidak akan berdiam dan akan mendapatkan pembelaan tentang kes yang  saya anggap jenayah cyber buli,memfitnah, memalukan dan merosakkan reputasi saya dan anak,” Lufya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 8:00AM

Lufya - Gambar Instagram Lufya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Lufya mendakwa bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan kekasihnya, Juliana Farhana telah memfitnah dan memanipulasikan laporan polis dibuat mereka ke atas dirinya tanpa sebarang bukti sokongan. 

Tidak dapat menahan sabar dengan tindakan mereka, Lufya telah memuatnaik hantaran di Instagramnya semalam untuk meluahkan perasaannya dan menyuarakan kebenaran bagi pihak dirinnya. 

“Fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Selama ini saya diam dan tidak membela diri di atas apa sahaja kejadian. 

“Saya sabar dan reda. Satu kesedaran yang saya nak kongsikan di sini ialah maruah, nama baik harus kita jaga. 

“Jika tidak ia akan kerap kali berulang. Kita wajib membela diri apalagi jika kita di tempat yang benar,” katanya. 

Gambar dari Instagram Lufya
Gambar dari Instagram Lufya

Menurut Lufya, laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial telah dimanipulasikan oleh dua pihak yang tidak bertanggungjawab ini (tanpa sokongan bukti) bagi menjatuhkan reputasi,  memalukan dan memfitnah dirinya. 

“Saya tidak boleh terima sama sekali. Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. 

“Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan menganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak. 

“Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di Balai Sungai Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya mengganggu dan memfitnah seorang aktres baru. 

“Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan mengganggu bekas suami yang juga teman lelaki aktres itu di kliniknya sedangkan saya hanya hantar anak yang sedang demam yang teringin bertemu dengan ayahnya,” katanya. 

Jelas Lufya lagi, lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik yang bersebelahan dengan klinik bapanya.

“Saya hanya hantar anak yang terlalu rindu dengan bapanya dan menunggu di luar klinik. Saya telah dilaporkan ke polis oleh bekas suami yang membuat laporan katanya saya telah membuat kekecohan sedangkan perkara itu tidak sama sekali berlaku. (Laporan tanpa bukti, cctv dan sebagainya)

“Saya tidak akan berdiam diri di atas fitnah yang kamu berdua lemparkan terhadap saya. Saya harap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap kes ini kerana saya sudah tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan yang diberikan oleh dua pihak yang tidak bertanggungjawab ini. 

“Hari ini (semalam) saya ke Majistret Petaling Jaya selepas mendapat surat pemberitahuan dari pihak polis untuk membuka siasatan lebih lanjut. 

“Saya ingin mendapatkan pembelaan tentang kes yang saya anggap jenayah cyber buli,memfitnah, memalukan dan merosakkan reputasi saya dan anak. Semoga diberikan kemudahan untuk saya membela diri. Aamin,” katanya lagi.  – Getaran, 24 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara