Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menafikan dirinya ‘hilang’ daripada dunia lakonan apabila dikatakan kurang muncul dalam penerbitan drama mahupun filem.
“Saya sebenarnya tidak hilang, tapi sibuk dengan kerjaya dalam dunia pengacaraan. Disebabkan itu, saya sudah jarang berlakon,” katanya.
Bagaimanapun, Izzue mengakui, dia sebenarnya masih mendapat tawaran membintangi watak utama namun disebabkan jadual pengacaraan yang padat, dia terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Kalau ada pun, saya akan ambil watak sebagai pembantu pelakon dan untuk watak utama saya akan pilih yang mana bersesuaian.
“Buat masa ini jadual saya memang padat dengan tawaran pengacaraan dan kalau saya ingin ambil tarawan berlakon saya perlu susun jadual supaya tidak bercanggah.
“Sebab itu, saya lebih suka terima watak sebagai pembantu sebab babaknya tak banyak dan untuk watak utama saya akan pilih yang mana bersesuaian.
“Jadi bila semua orang tanya, ‘Kenapa dah tak jadi hero?, ‘Izzue sekarang dah tak terima tawaran watak-watak utama? Jawapan saya adalah, sekarang saya fokus kepada bidang pengacaraan,” katanya.
Izzue berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem pertama terbitannya, Remp-it 2 di Dadi Cinema, Pavilion, Isnin lalu.
Pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, mengakui sudah mula berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan sejak 2019.
“Waktu itu saya sekadar ingin cuba. Tapi, tak sangka pula saya akan menyukainya dan sekarang ini pun saya masih belajar banyak perkara tentang dunia pengacaraan.
“Saya mencuba haluan dalam dunia pengacaraan kerana tidak mahu terikat dengan lakonan sahaja,” katanya.
Dia juga bersyukur kerana disebab bidang pengacaraan, dia melalui kehidupan yang perit watak negara dilanda pandemik COVID-19 pada 2020.
“Waktu itu siapa yang berlakon langsung tidak dapat buat apa-apa. Susah bagi pelakon nak survived sebab mereka tiada job. Tapi, waktu itu pula, saya banyak tawaran bagi program pengacaraan secara digital.
“Saya melihat melihat dunia pengacaraan sebagai cabang seni lain yang ingin dikuasai dengan lebih serius, dan ia juga sebagai rezeki yang datang ketika satu dunia ini dilanda pandemik.
“Saya fikir mungkin ‘Allah’ memberi rezeki baharu kepada saya menerusi bidang pengacaraan dan saya sedar masih ada banyak perkara yang saya perlu belajar lagi.
“Sejujurnya dua tahun kebelakangan ini pengacaraan turut menjadi fokus baharu saya dan walaupun saya bermula menjadi pengacara ketika pandemik, kini minat saya lebih dalam bidang ini. Saya suka menjadi pengacara,” tambahnya. – Getaran, 25 November 2022