web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Remp-It 2’ Kutip Lebih RM1.5 Juta Selepas Seminggu, Farid Kamil Giat Jalani Promosi

Farid akan berjumpa dengan peminat di Kuantan hari ini dan akan menonton Remp-it 2 bersama-sama.

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 11:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Farid Kamil sama sekali tidak menyangka filem terbitan, arahan dan lakonannya, Remp-It 2 akan berjaya mencecah kutipan melebihi RM1.5 juta sejak ia mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 24 November lalu.

“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran di atas kutipan sebanyak ini. Saya juga ingin menyeru kepada peminat-peminat motosikal, supaya menonton Remp-It 2 di pawagam.

“Saya juga akan berjumpa dengan peminat-peminat di Kuantan pada hari Ini dan In Sha Allah, saya akan menonton Remp-It 2 bersama-sama mereka,” katanya kepada Getaran.

Farid sebelum itu memberitahu, bahawa filem dunia pemotoran seperti Remp-It 2 masih lagi relevan dengan keadaan semasa sekarang kerana ia menceritakan apa yang telah terjadi kepada golongan Mat Rempit selepas 16 tahun.

“Kalau kita lihat, ramai golongan yang merempit suatu ketika dulu, sudah berjaya dan motor-motor yang mereka miliki suatu ketika dahulu kini mencecah harga beratus-ribu ringgit. Mereka lebih kaya daripada golongan artis.

“Namun, apa yang lebih penting, filem tentang dunia pemotoran ini masih lagi relevan dan mempunyai penonton dan pengikut yang tersendiri,” kata Farid sambil tersenyum.

Ini yang cuba diterjemah Farid Kamil dalam Remp-It 2 merupakan sambungan dari Remp-It (2006) melalui jalan cerita yang lebih matang dengan menerapkan elemen persahabatan, kekeluargaan dan aksi-aksi perlumbaan cukup mendebarkan khususnya di trak lumba litar.

Bahkan, ia juga mengetengahkan pelbagai jenis motosikal dari pelbagai kategori termasuk motosikal biasa seperti Y15, RS, RXZ, 12Z, motorcross, cub prix sehinggalah ke superbike.

“Ini kali pertama sebuah filem tempatan yang dapat memasukkan adegan-adegan seperti perlumbaan Asian Racing. Malah, penggambaran filem ini juga dapat dibuat semasa hari perlumbaan sebenar berlangsung seperti di Asian Racing (Lita Sepang) & Cub Prix Malaysia (Terengganu). Selain itu, kami gunakan lebih 1,000 biji motor untuk penggambaran termasuk pelakon utama dan tambahan.

“Pastinya harapan saya agar lebih ramai penonton pergi menonton filem ini di pawagam kerana ia sangat dekat dengan golongan pencinta motosikal. Kepada peminat dunia permotoran, dalam filem ini kami ada paparkan semua jenis motosikal, daripada motosikal kapcai sehinggalah ke superbike serta offroad. Saya percaya filem ini juga mampu memberi kepuasan kepada semua penonton,” katanya.

Selain Farid yang kembali dengan watak Madi, filem ini turut dijayakan Ahirine Ahirudin, Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Muhammad Kamil a.k.a Che Mad yang telah memberi mutu lakonan yang meyakinkan pada usia 7 tahun. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang