web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dikaitkan Isu Gangguan Seksual, Kerajaan Korea Padam Iklan Papar Wajah Pelakon 'Squid Game'

Bintang drama bersiri 'Squid Game', Oh Young-soo berdepan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita pada 2017. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 12:04PM

Oh Young-soo - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak hanya digugurkan daripada mendapat tawaran berlakon, pelakon senior yang juga salah seorang bintang drama bersiri 'Squid Game', Oh Young-soo turut dihalang daripada terlibat dengan apa-apa iklan yang dikeluarkan kerajaan Korea Selatan. 

Semuanya bermula apabila Young-soo berdepan dengan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita pada tahun 2017. 

Semenjak berita itu menjadi tular, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan telah memadam semua iklan melibatkan Young-soo termasuk di media sosial rasmi mahupun di platform YouTube.

Gambar Young-soo juga tidak lagi kelihatan di laman sesawang rasmi kementerian tersebut, demikian menurut CNN Indonesia.

Kes ini bermula apabila mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa pada Disember 2021.

Namun polis menghentikan kes ini pada April tahun ini. Mangsa kemudian menunjukkan bukti lain yang lebih kukuh menyebabkan kes ini dibuka kembali.

Young-soo juga dipanggil untuk memberi keterangan. Menurutnya, dia hanya memegang tangan wanita tersebut tanpa niat melakukan gangguan seksual ke atas mangsa.

Populariti Young-soo melonjak apabila dia membintangi drama 'Squid Game' membawakan watak Oh Il-nam yang mempunyai barah otak. Dia menjadi salah seorang pemain yang maut semasa pertandingan. 

Hasil lakonannnya itu, beliau telah membawa pulang anugerah Best Supporting Actor for Television di Golden Globe Award 2022. - Getaran, 29 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Mengapa Pengumuman Barisan Pelakon Musim Kedua 'Squid Game' Mendapat Kecaman Netizen?

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiz Zaqyah Dedah Tak Makan Pisang Di Tempat Awam Kerana Sering Dikaitkan Dengan Perlakuan Lucah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Peniaga Desak Kawalan Keselamatan Di Plaza Damas Dipertingkat Selepas Kes Serangan Seksual

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lebih 4,000 Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Diselesai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara