web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 4,000 Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Diselesai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 2:33PM

Sebanyak 5,519 kes telah dilaporkan dan 3,060 kes telah dituduh dalam mahkamah. - Gambar hiasan pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,713 kes di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) telah diselesaikan sejak 2018 hingga Januari lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Parlimen) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dalam tempoh itu sebanyak 5,519 kes telah dilaporkan dan 3,060 kes telah dituduh dalam mahkamah.

Justeru, beliau berkata penggubalan Akta 792 adalah langkah yang baik dalam membantu polis menjalankan siasatan dan pihak pendakwaan dalam merangka pertuduhan yang khusus di bawah Akta tersebut berbanding undang-undang jenayah am yang terpakai kepada orang dewasa seperti Kanun Keseksaan.

 "Ini kerana, sering kali kes kesalahan-kesalahan seksual yang melibatkan mangsa kanak-kanak ini akan mempunyai ciri-ciri kes yang unik, yang tiada di dalam kes-kes melibatkan orang dewasa. Oleh yang demikian, peruntukan di dalam Akta 792 dapat memberikan perlindungan yang lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) mengenai jumlah kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang telah dilaporkan, didakwa dan diselesaikan sejak Akta 792 dikuatkuasakan.

Azalina berkata kerajaan sedang dalam proses membuat beberapa pindaan kepada Akta 792 bagi menambah baik peruntukan sedia ada. 

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) bagi memperuntukkan mengenai pendengaran khas sebagai suatu lagi mekanisma iaitu keterangan saksi kanak-kanak boleh diambil dalam bentuk rakaman video supaya kanak-kanak tidak perlu menghadiri perbicaraan.

Katanya, pindaan ini juga akan memperuntukkan pemberian kuasa kepada mahkamah untuk melarang soalan-soalan tidak wajar diajukan kepada kanak-kanak bagi memastikan seseorang saksi kanak-kanak itu dapat memberikan keterangan dengan lebih tenang, lancar dan selesa.

"Semua langkah yang diambil dalam proses sistem keadilan jenayah (criminal justice system) bagi sesuatu kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak hendaklah mesra kanak-kanak (child friendly)," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini