web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Reen Rahim Bakal Tamat Zaman Bujang Hujung Tahun

Menurut pelakon jelita itu, setelah dua tahun tempoh perkenalan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai MR H, kini dirinya sedia bergelar isteri.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 5:05PM

Reen Rahim - Gambar oleh Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Reen Rahim, 34 mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini.

Menurut pelakon jelita itu, setelah dua tahun tempoh perkenalan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai MR H, kini dirinya sedia bergelar isteri.

Merancang untuk mengadakan majlisnya di sebuah restoran di Putrajaya, Reen bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi hari bahagianya itu termasuk siapakah identiti jejaka bertuah tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan, dia berusia enam tahun lebih muda daripada saya. Kalau boleh tak nak cakap lebih mengenai hal ini kerana mahu menjaga privasi dan nak elak penyakit ain.

“Awalnya kami berdua tidak berhasrat untuk berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen, tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.

“Tak tahulah, mungkin berkat doa keluarga maka akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat sebagai suami isteri,” katanya.

Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat penajaan sejumlah RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk penganjuran tiga majlis.

“Sejujurnya, hasrat saya pada awalnya nak buat satu majlis saja. Tapi itulah, agaknya sudah namanya rezeki, ada pula pihak yang sudi menaja dan kami kemudiannya memutuskan untuk menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

“Apapun, saya berasa very lucky sebab sahabat-sahabat saya sudi nak bantu uruskan majlis ini sebab mereka tak mahu susahkan saya sebagai bakal pengantin,” ujarnya.

Reen bakal mengadakan tiga majlis eksklusif pada tiga hari berturut-turut di tiga lokasi berbeza.

Sebelum ini Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun memilih untuk merahsiakan perkara itu bagi menghormati permintaan keluarga.  - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

2

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara