web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Hendak Bekerjasama, Tapi Ada Syarat - Fazley

Fazley berkata, dia bakal bekerjasama dengan 15 jenama terkenal termasuk kedai serbaneka barangan Korea dan makanan bayi bagi tahun 2023.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:00PM

Fazley Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak memilih bulu untuk  bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu gunakan nama dan wajahnya dalam kempen produk mereka, namun pada waktu yang sama, dia turut meletakkan syarat yang tertentu.

Syaratnya, ialah pihak berkenaan haruslah membenarkan dirinya masuk dapur dan menerima sumbangan idea dan buah fikirannya. 

Ini kerana dia sangat mementingkan pemahaman serta idea yang ingin ditampilkan di dalam sesebuah produk kempen sesuatu jenama tersebut, sebelum memberikan persetujuan untuk terlibat sepenuhnya.

“Jujur saya cakap, saya tidak memilih jenama besar atau kecil. Saya pernah bekerjasama dengan sekecil-kecil jenama, sebagai contoh jumlah pengikut di Instagram mereka, baru sembilan orang dan saya juga pernah bekerjasama dengan jenama yang mempunyai jutaan pengikut.

“Bagi saya, bukan jenama yang saya cari tetapi keserasian dan keikhlasan untuk bekerjasama dengan saya. Ada jenama besar lain yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi bila saya bagi idea, mereka mahu ubah idea saya.

“Syarat saya, nak bekerjasama kena benarkan saya masuk dapur dan nak guna muka saya semata-mata jarang saya terima, perlu ada sumbangan atau idea saya dalam jenama itu,” katanya kepada Getaran.

Pemilik nama sebenar, Ahmad Fadzil Yaakob, itu berkata, dia bakal bekerjasama dengan 15 jenama terkenal termasuk kedai serbaneka barangan Korea dan makanan bayi bagi tahun 2023.

Menurut Fazley, dia jarang menerima bekerjasama dengan sesuatu jenama yang hanya sekadar menggunakan wajahnya semata-mata.

Tambahnya, jenama tersebut juga perlu terbuka untuk menerima sebarang pandangan daripadanya bagi tujuan penambahbaikan.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu bertekad untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian walaupun suaranya teruk dikecam dan dikatakan sumbang.

“Saya yakin lagu-lagu nyanyian saya menerima jumlah penstriman yang agak tinggi di aplikasi Spotify dengan bukti rekod penstriman tinggi yang dimaklumkan  pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment.

“Selain itu lagu ‘Asmara Ini’ juga tular di TikTok. Ramai anak muda mengenali ‘Asmara Ini’ melalui kedua-dua platform berkenaan,” ujarnya.

Fazley kini dalam fasa menerbitkan enam lagu bersama Rocketfuel Entertainment dan DJ Fuzz serta bakal tampilkan seorang penyanyi wanita dalam salah satu lagu berkenaan yang namanya akan diumumkan kelak. - Getaran, 22 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

Pasta Lemak Cili Padi Resipi Datuk Fazley Yaakob

2

TARA 1 tahun yang lalu

Hidangan Menyelerakan Hasil Ciptaan Datuk Fazley Yaakob Di CU

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Tak Pernah Berhenti, Tapi Dihalang Untuk Daripada Menyanyi – Fazley Yaakob Dedah Cerita Sebenar 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fazley Yaakob Bakal Jelajah Starbucks Seluruh Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara