web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasta Lemak Cili Padi Resipi Datuk Fazley Yaakob

Memasak boleh legakan tekanan. Jom cuba buat resipi pasta selera ‘nismilan’ rekaan Datuk Fazley Yaakob.

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 11:16AM

Pasta lemak cili padi, resepi nukilan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob. gambar Nooreeza Hashim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu adalah masa yang tepat untuk menguji bakat memasak di dapur sendiri. Setelah hampir seminggu menikmati makanan di luar, jomlah manjakan lidah dengan masakan sendiri. 

Lagipun, seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, Dana Farber Cancer Institute menjelaskan bahawa aktiviti memasak adalah peluang untuk menjadi kreatif, merangsang otak dan juga berhubung dengan orang atau tempat yang tidak dapat anda lawati.

Lebih menguntungkan, memasak juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk melegakan, bahkan menghilangkan stres. 

Walaupun anda tidak menganggap diri anda seorang tukang masak, hanya dengan melangkah ke dapur, ia boleh menjadi pengalaman menggembirakan untuk badan dan minda anda. 

Jadi tunggu apa lagi? Memasaklah. Kalau tidak punya idea, boleh cuba resipi pasta lemak cili padi yang dikongsi oleh cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ini. 

Bahan-bahan :

10 biji cili padi

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 inci kunyit segar

100ml air

1 keping asam jawa kering

100 gram santan

50 gram susu oat

1 batang serai

1 sudu besar mentega

2 sudu besar minyak zaitun

280 gram spageti, direbus

150 gram daging lembu salai tenderloin, dihiris

4 biji tomato ceri

1 tandan ulam raja

1/2 sudu kecil lada hitam

1 ulas bawang putih

1 sudu kecil stok ayam

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil kepingan cili

Hidangan lemak cili padi yang dipadankan dengan pasta memberi kelainan kepada peminat masakan 'nismilan'
Hidangan lemak cili padi yang dipadankan dengan pasta memberi kelainan kepada peminat masakan 'nismilan'

Cara penyediaan:

1. Kisar cili api, bawang besar, bawang putih, kunyit dan serbuk kunyit sehingga halus. Masukkan sedikit air untuk melicinkan pes.

2. Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam periuk dengan 100ml air dan biarkan mendidih.

3. Setelah mendidih, masukkan hirisan asam jawa, santan, susu oat dan serai.

4. Secara berasingan, campurkan spageti, mentega, minyak zaitun, hirisan daging salai dan kuah lemak cili api lemak. Gaul sebati.

5. Untuk menghidang, letak pasta lemak cili api di atas pinggan. Tuangkan lebihan krim pasta ke atas spageti.

6. Hidangkan bersama tomato ceri dan ulam raja, serta taburkan lada hitam dan kepingan cili untuk rasa yang lebih memikat. 

Selamat mencuba! - Getaran, 1 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Hidangan Menyelerakan Hasil Ciptaan Datuk Fazley Yaakob Di CU

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Tak Pernah Berhenti, Tapi Dihalang Untuk Daripada Menyanyi – Fazley Yaakob Dedah Cerita Sebenar 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Boleh Hendak Bekerjasama, Tapi Ada Syarat - Fazley

4

TARA 2 tahun yang lalu

8 Makanan Pengganti Nasi Untuk Yang Cuba Menurunkan Berat Badan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara