web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelly Azman Ada Sebab Tersendiri Kenapa Jarang Bangun Untuk Peserta Di 'All Together Now Malaysia'

Biarpun dikecam netizen ibarat ada gam di kerusi, namun Kelly Azman tetap teguh dengan pendiriannya dan punya alasan tersendiri kerana dia susah untuk bangun sewaktu menjurikan program All Together Now Malaysia.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 4:03PM

Kelly Azman - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti serba boleh yang merupakan salah seorang daripada 50 juri di rancangan All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) iaitu Kelly Azman mengakui dia ada sebab tersendiri kenapa jarang bangun sewaktu peserta membuat persembahan.

Sejak musim pertama lagi, nama Kelly sering menjadi bualan netizen kerana dia dikatakan ‘kekwat’ dan jarang memberikan markah untuk peserta yang bertanding. 

Untuk musim kedua, Kelly dilihat sekali lagi menjadi bualan netizen yang menonton program ini  kerana perkara yang sama. Sewaktu episod pertama ATNM2 ditayangkan, Kelly dikecam netizen kerana tidak bangun sewaktu salah seorang peserta iaitu Nadeera membuat persembahan sedangkan dia mendapat markah yang tinggi. 

Disebabkan itu ramai yang mempertikaikan kredibiliti Kelly Azman sebagai juri serta turut  dibandingkan dengan juri profesional yang lain seperti Datuk Syafinaz dan Ajai.

Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45, apa yang dinilainya sebagai seorang juri adalah dari segi keseluruhan persembahan bukannya berdasarkan vokal atau suara semata-mata.

“Saya akui ada peserta yang mempunyai suara yang bagus, tetapi mereka tak ada ‘X-Factor’. Untuk menjadi seorang selebriti, perlu untuk ada ‘X-Factor’. Kalau tak macam mana nak jual? Ada tak syarikat rakaman nak ambil? 

“Selain suara, penampilan juga sangat penting. Kalau kita minta kerja di mana-mana sekalipun, ramai yang cari pekerja yang berperwatakan menarik. Sama juga untuk menjadi seorang selebriti, anda perlu ada penampilan yang bagus, baru orang nak tengok. 

“Banyak dah contoh depan mata, artis-artis kita yang punya bakat. Tetapi kerjaya mereka tak ke mana kerana tiada penampilan menarik. Netizen sendiri nak tengok orang yang ‘good looking’ bukan sekadar bagus menyanyi sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted. 

Mengulas lanjut mengenai dirinya yang tidak berdiri sewaktu Nadeera membuat persembahan, kata Kelly diaakui Nadeera seorang penyanyi yang bagus, tetapi nyanyian pada hari itu tiada ‘originality’.

“Dia menjerit, meraung dan bukannya menyanyi sehingga kedengaran bingit. Mungkin pada orang lain kedengaran sedap, tetapi tidak bagi saya. Ini adalah pertandingan, kena cari ‘originality’. 

“Tak boleh menyanyi lagu Marsha, tetapi nak jadi macam Marsha. Sah-sah Marsha juga merupakan salah seorang juri ATNM2. Lebih baik saya tengok Marsha yang menyanyi.

“Nadeera seorang yang bagus. Saya pernah terlibat dalam persembahan bersamanya. Dia ada suara yang unik yang tiada pada orang lain. 

“Saya pernah lihat dia buat persembahan dengan lebih baik sebelum ini. Dia pernah jadi juara rancangan 'Lagu Cinta Kita' musim kedua. Lihat bagaimana persembahan dia di dalam rancangan itu. Saya tak pernah menentang dia dalam program itu. Saya memang suka dia sebab dia ada keunikan tersendiri,” katanya. 

Ditanya tentang netizen yang masih tertanya-tanya dan mempersoalkan siapa sebenarnya Kelly Azman di dalam industri, kata Kelly netizen seharusnya menjadi bijak dan bukannya bodoh.

“Kalau tak tahu, tak kenal orang, boleh cari di Google. Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Anda boleh cari siapa Kelly Azman di dalam industri ini. 

“Saya bukan baru semalam bertapak dalam industri, cuma saya lebih banyak berada di belakang tabir. Saya dah tahu asam garam industri. 

“Sebelum anda semua nak menyalak dan mempersoalkan siapa Kelly Azman, sila Google dan lihat apa pencapaian seni saya. 

“Saya merupakan artis rakaman, Saya juga pernah berlakon. Saya juga baik dengan ramai komposer. 

“Saya belajar perkara asas tentang muzik. Saya tahu vokal itu apa, susunan muzik itu apa. Anda ingat senang-senangkah pihak Astro nak ambil saya dan letakkan di kerusi juri ATNM,” katanya.  

Kata Kelly lagi, sejak rancangan ATNM2 ditayangkan di kaca televisyen, dia telah menerima ribuan kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengannya. 

Namun kata Kelly, dia tiada hak untuk menghentikan kata-kata netizen kerana setiap orang ada hak untuk bersuara.

“Tetapi satu yang saya nak beritahu, kebanyakan yang mengecam saya adalah terdiri daripada kalangan ‘geng pelangi’. 

“Mereka nak jadi selebriti tetapi tak dapat, jadi mereka dengki dengan saya. Sebab saya yang keluar TV dan bukannya mereka,” katanya menutup bicara. – Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 8 bulan yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara