web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadkan Komen Di Instagram, Sophia AlBarakbah Takut Dikecam Peminat Kerana Isu Kacau Aliff Aziz? 

Namun, ada juga satu dua komen tentang isunya mengejar suami orang yang terlepas di dalam hantaran paling terkini itu. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 3:00PM

Sophia AlBarakbah - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sampai saat ini, Sophia AlBarakbah masih lagi mendiamkan diri rentetan pendedahan yang dibuat oleh Bella Astilah berhubung dakwaannya yang mengatakan aktres cantik tersebut cuba mengganggu suaminya, Aliff Aziz. 

Menerusi Instagramnya juga, kali terakhir Sophia memuat naik hantaran adalah pada 11 Januari yang memaparkan gambarnya bersama minuman buah kelapa. Di dalam hantaran tersebut, Sophia turut menyertakan lokasinya iaitu di Hawaii Beach. 

Sophia juga turut menghadkan komen-komen dalam kesemua hantarannya. Barangkali untuk mengelak daripada kecaman netizen. 

Namun, ada juga satu dua komen tentang isunya mengejar suami orang yang terlepas di dalam hantaran paling terkini itu. 

Kontroversi Sophia cuba mengganggu Aliff Aziz tercetus sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran drama bersiri ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ arahan Osman Ali di Pantai Timur pada Januari lalu. Kedua-dua mereka adalah teraju utama dalam drama bersiri tersebut. 

Isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astilah bagaimanapun telah berjaya menghidunya serta telah tampil ke hadapan untuk mendedahkan bukti-bukti yang sahih mengenai cubaan yang dilakukan Sophia dalam usaha mengganggu Aliff termasuk mesej perbualan tangkap layar Sophia dengannya. 

Antara isi kandungan perbualan mereka adalah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cuba mengganggu Aliff. 

Sophia dan Aliff dalam salah satu babak 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah'. - Gambar Instagram
Sophia dan Aliff dalam salah satu babak 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah'. - Gambar Instagram

Dalam pada itu, Sophia juga tidak hadir di majlis sidang media drama bersiri ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ diadakan di ibu kota baru-baru ini, sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan pihak media. 

Rata-rata pihak media tidak berpuashati dengan tindakan Sophia yang disifatkan sengaja tidak menghadirkan diri, biarpun pihak produksi memberikan alasan aktes tersebut terlibat dengan beberapa babak penggambaran tersebut. 

Pihak media yakin Sophia tidak muncul di sidang media itu kerana bimbang dirinya akan diasak dengan persoalan mengenai kontroversi cuba mengganggu Aliff. 

Sementara itu, Aliff Aziz pula dalam kenyataannya memberitahu dia telah bersetuju untuk tidak berlakon dengan Sophia AlBarakbah di dalam mana-mana produksi drama lagi selepas ini. Namun, pada masa yang sama, dia juga berharap, Sophia akan tampil untuk membuat penjelasan. 

Apa yang pasti, buat masa ini, Getaran percaya Sophia akan terus mendiamkan diri sehingga kontroversi yang melibatkan dirinya ini berlalu pergi begitu sahaja. 

Moral daripada keseluruhan kontroversi yang tercetus ini, usahlah sewenang-wenangnya mudah terlibat dengan cinta lokasi, apatah lagi yang melibatkan suami orang. Mudah-mudahan, ia akan menjadi iktibar untuk semua orang.

Apapun, drama bersiri ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ ini akan memulakan tayangannya di Slot Akasia, TV3 bermula 6 Februari ini.  – Getaran, 3 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara