web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Shuib Akui Air Matanya Beberapa Kali Tumpah Kerana Luahan Hati Pendengar Suria FM

Menurut Shuib atau pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 39, Suria FM turut menjadi tempat luahan perasaan serta masalah kepada sesetengah pendengar siaran radio ini.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 7:08PM

Shuib pernah menerima beberapa panggilan dari pendengar yang mengejutkan serta ada yang pernah membuat dia menangis dengan perkongsian mereka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan dan penyampai radio, Shuib menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan segmen pagi di Suria FM iaitu Morning Morning Suria yang dikendalikannya bersama Ajak dan Suraya kedengaran agak kurang menyenangkan dan menjadi lebih ‘bingit’.

Shuib berkata, kemungkinan yang berpendapatan sedemikian adalah golongan pendengar yang baharu dan mungkin mereka tidak begitu sinonim dengan rancangan yang disiar menerusi Suria FM sejak dari dulu lagi.

“Sebenarnya semua segmen dan rancangan yang disiarkan di Suria FM ini, semuanya akan melalui proses penapisan oleh pihak atasan serta pengurus besar Suria FM, dan kita akan turut pertimbangan setiap topik atau kandungan untuk kesesuaian pendengar.

“Semua rancangan serta semua persoalan dan perkongsian di setiap segmen adalah lebih kepada perkara yang semasa, benda yang realiti yang  kita bincangkan  dengan pendengar. Jadi jika terdapat pendengar yang menyatakan ia adalah kurang sensitif, mungkin mereka pendengar yang baharu rasanya.

“Kita bukan ingin mengklasifikasikan golongan pendengar kita, cuma bagi mereka, topik yang lazimnya menjadi rancangan di Suria FM ini, mungkin agak sensitif bagi mereka, namun bagi pendengar yang sinonim dengan kita, mereka tahu bahawa itulah perbezaan Suria FM dengan radio lain.

“Di Suria FM, kita cuba bawakan rancangan yang lebih reality dan membincangkannya dengan lebih terperinci dan rapat dengar pendengar. Itu menjadi keunikan kepada Suria FM,” katanya kepada Getaran baru-baru ini.

Ajak, Suraya dan Shuib mengendalikan segmen pagi di Suria FM, Morning Morning Suria - Gambar Fail
Ajak, Suraya dan Shuib mengendalikan segmen pagi di Suria FM, Morning Morning Suria - Gambar Fail

Menurut Shuib atau pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 39, Suria FM turut menjadi tempat luahan perasaan serta masalah kepada sesetengah pendengar siaran radio ini.

Jelas Shuib, dia pernah menerima beberapa panggilan dari pendengar yang mengejutkan serta ada yang pernah membuat dia menangis dengan perkongsian mereka.

“Sejujurnya, sebagai seorang penyampai radio di stesen Suria FM ini, memang berbeza gaya pendekatan mereka dengan pendengar mereka. Cara mereka unik dan topik-topik yang dipilih semuanya yang lebih kepada realiti di mana ia membuka ruang untuk pendengar kongsi kisah mereka.

“Untuk rekod, saya pernah membincangan satu topik iaitu ‘berapakah baki bank anda ketika ini’. Ia boleh disifatkan sebagai isu yang sensitif, namun kita bawa topik itu secara santai dan kebanyakan pendengar yang kita terima pun kata mereka ‘pokai’, sebab masa itu adalah hujung bulan.

“Bagi kita, semua antara kita pernah lalui fasa ‘pokai’ tersebut. Saya sendiri pun pernah cuba keluarkan wang sebanyak RM10 di ATM, sebab baki wang yang saya ada ketika itu hanya ada RM20 sahaja. 

“Jadi rancangan seperti itu menceritakan realiti kepada pendengar. Itu yang ramai pendengar sanggup luangkan masa mendengar Suria FM untuk mengisi masa mereka,” tambahnya.

Dalam pada itu, pelawak yang lebih terkenal dengan nama Shuib Sepahtu itu berkata, bukan senang bagi sebuah saluran radio untuk mengekalkan pendengar untuk menikmati  rancangannya.

“Banyak pendekatan dan perbincangan yang kita harus buat bagi memikat hati pendengar kita dan itulah jadi kekuatan kita untuk tarik pendengar dan kekalkan pendengar. 

“Terlalu banyak perkara yang kita harus jaga seperti, sensiviti konten, pencapaian rancangan, kesesuaian isu terkini dan realiti ketika ini. Kita cover semua isu ini, dan itulah membuat Suria FM ini lain daripada yang lain,” ujarnya.

Pelawak, Shuib dipilih menjadi penyampai radio baharu Suria FM pada Ogos tahun lalu. 

Shuib berganding dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang turut diberikan penjenamaan baharu sebagai Morning Morning  Suria. 

Pemilihan Shuib itu juga bagi menggantikan tempat penyampai, Fizi Ali yang berhijrah ke stesen Hot FM. – Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Menangis Bukan Lambang Kegagalan

2

Muzik 7 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Mengaku Jual Motor Kerja Gila, Derrick Akui Pengorbanan Berbaloi

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara