web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isyariana Takut Kahwin, Tak Sanggup Berdepan Penceraian

Isyariana berkata, keadaan ibunya bergelut dengan kepayahan hidup selepas bercerai dengan bapa, antara sebab lain untuk dirinya lebih berhati-hati sebelum menjalin hubungan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 3:00PM

Isyariana - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Mungkin dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab saya sukar untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki," demikian perkongsian pelakon Isyariana ketika disoal berkenaan jodoh.

Menurut pemilik nama sebenar Isyariana Che Azmi, 33, sukar baginya untuk  mempercayai lelaki dan ia menjadi punca utama dirinya masih lagi  solo hingga saat ini.

“Sukar saya nak explain, saya sebenarnya takut hendak kahwin sebab susah nak percaya lelaki. Ada hubungan cinta sebelum ini terlerai begitu sahaja sebab saya ambil masa terlalu lama dan buat pasangan bosan. Lagipun saya selesa dengan kehidupan sekarang.

“Mungkin pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab saya sukar untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki.

“Saya nampak situasi ibu saya yang begitu susah dan kepayahan yang dilaluinya untuk membesarkan saya sendiri selepas dicerai, dan mungkin ia mempengaruhi kepercayaan saya terhadap lelaki,” katanya kepada kepada Getaran.

Isyariana berkata mungkin pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab dia sukar untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki
Isyariana berkata mungkin pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab dia sukar untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki

Jelas pelakon jelita itu lagi, bagaimanapun dia sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan insan yang tepat kerana tidak sanggup berhadapan dengan episod perceraian.

Kata Isyariana, dia bukan menolak jodoh, dia yakin apabila sampai masanya Allah SWT pasti mempertemukan dirinya dengan lelaki sesuai dan akan berkahwin juga.

“Saya percaya tidak menolak akan menolak jodoh. Kalau memang sudah ditetapkan, mungkin hati saya akan senang.

“Saya berdoa tidak dipertemukan dengan seseorang yang bukan untuk saya. Kalau boleh saya tak mahu berhadapan dengan episod perceraian, tetapi perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu,” tambahnya.

Mengulas lanjut, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu turut berkongsi bahawa dia lebih suka lelaki pendiam dan bukan di kalangan selebriti.

Kata Isyariana, dia bukan menolak jodoh, dia yakin apabila sampai masanya Allah SWT pasti mempertemukan dirinya dengan lelaki sesuai dan akan berkahwin juga
Kata Isyariana, dia bukan menolak jodoh, dia yakin apabila sampai masanya Allah SWT pasti mempertemukan dirinya dengan lelaki sesuai dan akan berkahwin juga

“Saya suka lelaki yang pendiam dan hanya bercakap perkara penting sahaja, biar saya yang banyak bercakap.

“Kalau boleh nak orang biasa sahaja dan elak individu yang bergelar selebriti. Cuma, buat masa ini saya sendiri pun masih selesa hanya berkawan-kawan saja dan belum terbuka hati untuk serius dalam perhubungan. 

“Saya perlukan masa untuk diri nak percaya orang (lelaki) dan sentiasa yakin kalau ada jodoh pasti akan tiba nanti,” ujarnya.

Isyariana yang tampil dengan drama terbaharu berjudul ‘Isteri Halal’ melakonkan watak utama Adellea berganding bersama Aidit Noh.

Selain Isyariana drama arahan Uchee Fukada serta terbitan Radius One itu turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Uqasha Senrose dan Nazim Othman. – Getaran, 21 Februari 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara