web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fasha Sandha Masih Berguru Dengan Fauziah Nawi Biarpun Sudah 20 Tahun Bergelar Pelakon

Bergelar pelakon popular dan telah memenangi anugerah bukan alasan untuk aktres terkenal, Fasha Sandha tidak lagi mahu menuntut ilmu dalam lakonan, malah dia akan ke kelas lakonan terlebih dahulu sebelum turun ke set penggambaran.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 4:06PM

Fasha Sandha - Gambar Instagram Fasha Sandha

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengakui dia masih menuntut ilmu lakonan bersama aktres veteran iaitu Fauziah Nawi biarpun sudah 20 tahun bergelar pelakon. 

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, ketika ditemui di sidang media drama ‘Serpihan Sayang’ berkata, sebagai persediaan untuk melakonkan watak sebagai Nadia, dia telah menghadiri empat sesi kelas lakonan bersama Fauziah Nawi.

“Pada saya menuntut ilmu ini takkan pernah habis. Sebab itu saya akan cuba untuk mencungkil lagi ilmu daripada mereka yang berbakat besar seperti ibu Fauziah Nawi. Ada kelemahan yang kita tak tahu, tetapi orang lain dan sifu akan tahu apa kelemahan kita. 

“Saya sudah lama berguru dengan Fauziah Nawi sejak umur saya 18 tahun.  Kerana dia punya pendapatnya yang tersendiri tentang sesuatu watak. Contohnya untuk watak dalam ‘Serpihan Sayang’ ini dia beritahu ada dialog yang saya perlu bercakap dalam satu nafas, tak boleh pause in between. Jadi saya praktikkan dan Alhamdulillah okey,” katanya. 

Fasha Sandha berkata, sebagai persediaan untuk melakonkan watak sebagai Nadia, dia telah menghadiri empat sesi kelas lakonan bersama Fauziah Nawi - Gambar Instagram Fasha Sandha
Fasha Sandha berkata, sebagai persediaan untuk melakonkan watak sebagai Nadia, dia telah menghadiri empat sesi kelas lakonan bersama Fauziah Nawi - Gambar Instagram Fasha Sandha

Ditanya adakah pelakon yang membuat kemunculan pertamanya dalam dunia lakonan menerusi filem Black Maria pada tahun 2003 ini hanya akan pergi ke kelas untuk watak-watak tertentu sahaja, kata Fasha tidak kira apa sekali watak yang akan digalasnya, dia akan pergi ke kelas sebelum masuk ke set penggambaran.

“Watak komedi pun saya akan pergi ke kelas walaupun orang kata komedi itu senang. Bagi saya tak apa untuk keluarkan duit sedikit untuk pergi ke kelas, itu ada pelaburan yang baik. Kadang-kadang lakonan kita untuk sesuatu karakter itu nampak sama sahaja. Orang lain yang akan nampak apa yang kita buat tu tak bagus sebenarnya, tetapi kita yang tak tahu,” ujarnya.

Bercerita mengenai wataknya dalam drama ‘Serpihan Sayang’ arahan Amor Rizan ini, kata Fasha ini merupakan pertama kali dia memegang watak bergenre psycho thriller. 

“Watak Nadia merupakan seorang yang mengalami meroyan selepas keguguran. Kemudian dia diganggu oleh seorang lelaki psiko iaitu Imran lakonan Aeril Zafrel. 

“Watak ini memerlukan persiapan fizikal dan mental yang sangat kuat kerana watak ini tidak mempunyai konti. Sekejap dia gembira, sekejap dia murung. Agak penat melakonkan watak Nadia ini,” kongsinya.

Selain Fasha dan Aeril, drama ini turut dibintangi oleh adik Fasha sendiri iaitu Elisya Sandha, Shah Jazle, Zarina Zainoordin, Amirul Asyhwad, Tallisya dan ramai lagi. 

‘Serpihan Sayang’ akan mula bersiaran di slot Samarinda TV3 pada 22 Februari 2023 jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis. – Getaran, 22 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Fasha Sandha Tidak Putus Terima Tawaran Kerja

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara