web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Orang Cakap Peminat Saya Semua Budak-budak, Tapi Kena Ingat… - Nadhir Nasar

“Namun begitu, kita juga memerlukan karya dengan kualiti, pelakon dan sinematografi yang lebih baik. Kita tidak mahu industri ini mati atau ia sekadar penyerahan kepada generasi mak cik dan pak cik.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 5:06PM

Nadhir Nasar - Gambar dari Instagram Nadhir Nasar

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan hangat drama bersiri ‘Projek High Council’ sejak ditayangkan sekali gus telah memberikan tempias populariti kepada pelakonnya.

Nadhir Nasar yang juga salah seorang pelakon taruhan untuk drama ini tidak terfikir naskhah yang mengangkat kehidupan di asrama lelaki ini boleh menyentuh hati ramai penonton. 

“Kita tak tahu drama ini akan meletup sedemikian rupa. Ya, memang kami ada meneka ia mungkin akan berhasil. Namun apa yang lebih penting ialah kami semua sangat bersungguh-sungguh menjayakan drama ini. 

“Menjalani penggambaran lebih sebulan untuk banyak babak pergaduhan sangat memenatkan. 

“Namun inilah yang kami lakukan untuk memberikan perubahan kepada industri. Semangat itulah yang agaknya boleh menggerakkan hati mereka untuk hadir ke KLCC untuk sesi bertemu peminat baru-baru ini.

“Ada yang kata, alah, peminat saya semua budak-budak. Tapi kena ingat, jika mereka berusia 16 tahun hari ini, 10 tahun akan datang mereka semua sudah 26 tahun. Ketika itu mereka tidak budak lagi dan di situlah perubahan akan berlaku,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media Majis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023.

Kejayaan ‘Projek High Council’ juga telah membuktikan, penerbit tidak memerlukan para pelakon dengan jumlah pengikut laman Instagram yang banyak untuk menjayakan sesuatu projek.

Namun begitu, juara Hero Remaja 2020 itu tidak menolak ada beberapa syarat dikenakan penerbit membabitkan jumlah pengikut di laman sosial adalah relevan mengikut kepada naskhah yang ingin dihasilkan.

“Ia terpulang juga kepada penerbit. Ada yang nak buat cerita yang santai untuk orang pulang kerja serta tidak mahu memikirkan hal berat. Sekadar gelak ketawa. Kita perlukan karya yang seperti itu yang memerlukan keseimbangan dalam seni televisyen. 

“Namun begitu, kita juga memerlukan karya dengan kualiti, pelakon dan sinematografi yang lebih baik. Kita tidak mahu industri ini mati atau ia sekadar penyerahan kepada generasi mak cik dan pak cik. 

“Jika kita melihat karya-karya yang ada di Netflix, mereka memilih menonton di platform over-the-top kerana kualiti yang ditawarkan. Saya percaya kita sudah ke arah sana sekarang. Untuk menjadi sebahagian daripada perubahan itu  juga ia adalah sebuah proses yang menarik,” tambahnya lagi.

Terkini, Nadhir dilantik sebagai duta untuk kempen 'Bukalah Hati' di Astro. Astro bakal menampilkan banyak program kerohanian sepanjang bulan Ramadan seperti 'Geng Ngaji Musim 4', 'Rockstar Ke Masjid Musim 2', 'Tahu Ke Tidok: Celik Agama', 'Salam Famili' dan banyak lagi. - Getaran, 13 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Balas Dendam Kepada Mangsa Buli? Pilihlah Sebarkan Kebaikan - Mierul Aiman

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara