web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Balas Dendam Kepada Mangsa Buli? Pilihlah Sebarkan Kebaikan - Mierul Aiman

Mierul Aiman tidak menafikan beberapa babak dalam drama ini mungkin sangat dekat dengan jiwa penonton menyebabkan drama ini trending setiap episod.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 10:19PM

Mierul hadir di tayangan episod akhir Projek High Council hari ini. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak drama bersiri Projek High Council menemui penonton, isu buli semakin mendapat sorotan dan hangat dibualkan khususnya dalam kalangan warganet.

Salah seorang pelakon taruhan drama berkenaan, Mierul Aiman tidak menafikan beberapa babak dalam drama ini mungkin sangat dekat dengan jiwa penonton menyebabkan drama ini trending setiap episod.

“Sistem High Council yang ada dalam siri ini sangat dekat dengan pengalaman mereka. Siapa kita untuk menidakkan pengalaman mereka?

“Jadi persoalan timbul, adakah sistem ini baru terjadi atau sebenarnya sudah lama terjadi tapi tidak kita bahaskan,” tambahnya ketika tayangan episod akhir Projek High Council hari ini.

Bukan itu sahaja, bercakap tentang tindakan individu yang bertindak membalas dendam terhadap pembuli mereka sewaktu sekolah, Mirul bagaimanapun memohon agar orang ramai memilih kebaikan.

“Sebagai manusia kita semua dilahirkan sebagai pemimpin di mana kita sebarkan nasihat. Kita balaslah kejahatan dengan kasih-sayang,” tambahnya.

Terdahulu, Projek High Council yang menceritakan tentang sistem High Council di KUDRAT (Kolej Ungku Dramat) telah mencetuskan fenomena.

Episod terakhir drama bersiri 10 ini telah pun berakhir malam ini. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Orang Cakap Peminat Saya Semua Budak-budak, Tapi Kena Ingat… - Nadhir Nasar

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara