web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nabil Ahmad Ambil Iktibar Kisah Rumah Tangga Rakan Selebriti, Mula Bantu Isteri Agar Hidup Lebih Harmoni

Menurut Nabil, dia juga terkesan dengan banyak kes rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan selebriti dan cuba memperbaiki diri agar rumah tangganya lebih harmoni. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 2:00PM

Nabil dan Isteri akan meneruskan tradisi menunaikan ibadah umrah di 10 malam terakhir Ramadan pada 12 April ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara, pelawak dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad mengakui konflik rumah tangga yang melibatkan rakan selebriti sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya.

Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 39, ada selebriti yang sedang dilanda masalah rumah tangga merupakan sahabatnya, sebagai contoh Diana Danielle kerana mereka pernah sama-sama terlibat dengan pelbagai acara, antaranya lumba kereta. 

"Mereka berdua orang yang baik. Bila perkara sebegini berlaku kepada mereka, saya tak boleh nak cakap apa-apa selain mendoakan yang terbaik buat mereka agar dapat menjalani ujian ini bersama-sama dan berbaik semula kerana anak mereka comel-comel dan baik," katanya ketika ditemui di sidang media bersama Jakel di mana tahun ini merupakan tahun kelapan dia menjalin kerjasama dengan jenama itu. 

Disebabkan itu, Nabil turut mengambil iktibar terhadap apa yang sedang berlaku kepada rakan-rakan selebriti dan dia cuba berusaha sebaik mungkin untuk menjadi suami yang lebih baik. 

Sudah masuk tahun kelapan Nabil bekerjasama dengan Jakel. - Gambar oleh Sairien Nafis
Sudah masuk tahun kelapan Nabil bekerjasama dengan Jakel. - Gambar oleh Sairien Nafis

"Antara saya dan isteri (Zira), dia yang paling banyak bersabar, dia yang paling banyak terima kekurangan saya. Bila saya balik rumah marah-marah sebab penat, dia akan cakap, mahkamah dekat jer tau. 

"Sekarang ini wanita sudah lebih mengetahui apa yang boleh mereka tuntut di mahkamah.

Sebab itu saya rasa sangat bersyukur kerana isteri saya seorang yang penyabar. 

"Dan saya ambil iktibar di atas apa sahaja yang sedang berlaku sekarang ini untuk muhasabah diri. Fikir balik apa tanggungjawab saya yang belum selesai. Apa kekurangan saya dalam keluarga yang saya tak buat.

"Sebelum ini saya fikir, saya kerja cari duit, tugas lain-lain seperti hantar ambil anak sekolah semua isteri lah buat. Saya balik rumah saya nak jadi macam raja. 

"Tetapi, bila kita tengok keadaan sekarang ini, kadang-kadang saya akan cakap benda yang saya tak pernah cakap, contohnya bila saya balik kerja saya akan tanya ada apa-apa ke yang saya boleh bantu hari ini? Ada apa-apa ke yang saya kena buat? Saya kena ambil anak balik dari sekolah ke? Saya kena bawa awak pergi 'shopping' ke hari ini?" ujarnya. 

Kata Nabil dia gembira dengan perubahan ini kerana melihat isterinya juga nampak lebih gembira dan sudah kurang membebel. 

Ditanya apakah reaksi Zira melihat perubahan dalam dirinya, kata Nabil isterinya ada persoalkan adakah dia sedang ketakutan. 

"Dia tanya saya, 'you' takut ke? Saya cakap memang la takut. Sebab saya tak nak jadi hal. Tapi dia gembira lihat kita ambil iktibar di atas apa yang sedang berlaku sekarang ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, jika tiada aral melintang, Nabil dan Isteri akan meneruskan tradisi menunaikan ibadah umrah di 10 malam terakhir Ramadan pada 12 April ini. - Getaran, 6 April 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aidilfitri Pertama Bergelar Suami Isteri - Tom Teruja Beraya di Singapura, Kembali Bersatu Dengan Anak Semula 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Terlibat Kemalangan, Penyampai Molek FM, Mek Zura Akui Microsleep, Minta Pendengar Jadikan Kisahnya Suatu Iktibar

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Akui Jiwanya Kini Tenang, Sudah ‘Move On’ - Pablo Amirul Anggap Tragedi Amukannya Berikan Iktibar Pada Semua Orang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara