web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ini Mr Bean Versi Malaysia Ke? - Tarian Azhar Sulaiman Yang Bersuit Di Jalan TAR Bikin Netizen Terhibur

Menurut hantaran Azhar tersebut, dia turut berkongsi bahawa penggambaran tariannya di jalan TAR berkenaan adalah sebahagian daripada projek terbaharunya berjudul ‘Dia Datang’.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 3:02PM

Tangkapan layar video Instagram Azhar Sulaiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkongsian pelakon Azhar Sulaiman di platform social media yang memaparkan dirinya menari di hadapan khalayak orang ramai di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) telah menarik perhatian netizen, hinggakan ribuan warganet meninggalkan ribuan tanda suka serta ratusan reaksi.

“Sebab Mami (Azhar Sulaiman) suka menari dekat set penggambaran atau filem. Jadi apabila pihak produksi meminta saya menari di Jalan TAR, depan semua orang lucu pulak,” kongsi Azhar menerusi hantaranya di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Azhar turut memaklumkan  bahawa penggambaran tariannya di Jalan TAR berkenaan adalah sebahagian daripada projek terbaharunya  berjudul ‘Dia Datang’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Gelagat sporting Azhar Sulaiman, 52, yang mesra menggelarkan dirinya sebagai Mami ini berjaya mencuit hati mereka, hinggakan segelintir netizen turut menyamakan tariannya dengan watak pelawak terkenal, Mr Bean.

Malah ada yang turut yang berseloroh mengadu tentang kelakuannya itu kepada anaknya yang juga merupakan personaliti media sosial terkenal, Kasih Iris Leona.

“Pakai baju macam ini dengan tarian begitu Azhar mengenangkan saya kepada Mr Bean pulak dah. Bukan kutuk, tapi ini realiti, memang seperti Mr Bean,” komen @nazzwamirza.

“Ini Mr Bean versi Malaysia ke ini,” soal pulak pemilik akaun @izyani_212.

Antara komen netizen di Instagram Azhar Sulaiman
Antara komen netizen di Instagram Azhar Sulaiman

“Baru kita tahu, dari mana Leona (anak Azhar) mendapat skil menari yang hebat,” ujar pemilik akaun @farahwongofficial pula.

“Kelakar lah Abang Azhar ini, menari macam Mr Bean pula. Tidak kira watak apa pun Abang Azhar tetap nombor satu di hati peminat. Tapi saya lebih suka filem ‘Abang 92’ dan ‘Bisikan Cinta Terbaik’,” kata @amyfarrahazudin.

Perkongsian Azhar Sulaiman itu dilihat membuatkan peminat dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat selambanya dan tidak menyangka dia seorang yang sempoi. – Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

4 bulan yang lalu

Anak Azhar Sulaiman, Leona Akui Tak Sependapat Dengan Ayah

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara