web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

Sukan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 7:49AM

Cherry Yeo bergambar megah di podium selepas merangkul tiga pingat emas - gambar KLDSA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet sukan tarian, Cherry Yeo Xiao Wei berjaya menampilkan gerak tari mempesonakan untuk merangkul tiga emas dalam Festival Tarian Mallorca (MDF) di Sepanyol, hujung minggu lepas.

Atlet berusia 18 tahun itu menang dalam dua acara iaitu remaja solo wanita latin dan dewasa solo wanita latin Persekutuan Tarian Sukan Dunia (WSDF), serta remaja solo wanita latin MDF.

Penari Persatuan Tarian Sukan Kuala Lumpur (KLDSA) itu turut menyumbang pingat gangsa menerusi acara dewasa solo wanita latin MDF.

Selain Cherry Yeo, empat lagi atlet daripada KLDSA mengambil bahagian dalam festival berkenaan iaitu Yap Wan Xin, Madeleine Lau Yu Xuan, Nicole Lim Le Wei dan Taraneh Ahmadi Zeidabadi.

 Bagaimanapun, mereka gagal memenangi sebarang pingat. 

KLDSA dalam kenyataan menyifatkan pencapaian cemerlang terutama oleh Cherry Yeo itu adalah hasil bimbingan terbaik jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong.

Memandangkan kesemua atlet berkenaan bertanding dengan pembiayaan sendiri, KLDSA berharap Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara akan memberi lebih perhatian kepada sukan tarian yang kini semakin berkembang. 

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Cherry Yeo atas prestasi cemerlang atlet itu di Sepanyol. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 1 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia