web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pihak Penganjur ‘Festival Raya Hoorey X Fest Raya’ Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Kepada Vendor - Rahmad Mega

Bagaimanapun, penyanyi yang berusia 54 tahun itu bersyukur kerana menarik diri lebih awal ketika pihak penganjur menawar kepadanya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 2:00PM

Rahmad Mega - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rock, Rahmad Mega mendesak penganjur ‘Festival Raya Hoorey X Fest Raya’ agar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga susulan pembatalan karnival berkenaan pada saat-saat akhir.

Menurut Rahmad, karnival yang sepatutnya berlangsung mulai semalam hingga 21 April di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) selama 72 jam tanpa henti itu pastinya menyebabkan vendor yang telah mengeluarkan modal untuk berniaga, mengalami kerugian besar.

Pada masa sama, penyanyi yang berusia 54 tahun itu bersyukur kerana telah menarik diri sejak awal lagi ketika penganjur menawarkan kepadanya.

Tangkap layar dari Instagram Rahmad
Tangkap layar dari Instagram Rahmad

“Alhamdulillah, bersyukur kerana awal-awal lagi saya sudah tarik diri daripada karnival berkenaan. Namun, saya berasa sedih dan kesal pada semua sahabat-sahabat yang sangat mengharapkan karnival ini.

“Sudah semestinya mereka mengeluarkan modal yang besar sebagai persediaan untuk menjalankan perniagaan sepanjang tiga hari di karnival berkenaan.

“Justeru itu, saya mendesak penganjur karnival ini untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kerugian yang dialami mereka (para vendor) akibat kegagalan merancang karnival ini dengan berjaya,” katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Festival membeli-belah sempena sambutan Syawal iaitu ‘Hooray X Fest Raya’ yang dijadualkan bermula semalam sehingga 21 April ini terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir, hingga mencetuskan kemarahan vendor yang terlibat.

Vendor mendakwa penganjur membatalkan program berkenaan pada 3 petang, 18 April lalu, hingga mengakibatkan mereka mengalami kerugian.

Dalam pada itu, memetik laporan Astro Awani, penganjur Hooray X Fest Raya difahamkan memberi dua pilihan kepada vendor yang terlibat dalam festival membeli-belah sempena Syawal itu.

Wakil vendor menerusi satu kenyataan memaklumkan, Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Aliff Hakim memberi dua pilihan iaitu pilihan pertama adalah untuk peniaga mendapatkan semula bayaran atau pilihan kedua, menunggu tarikh acara berikutnya yang akan diumumkan kelak. - Getaran, 20 April 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara