web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persiapan Perkahwinan Sudah Siap 100 Peratus – Syafiq Kyle Tunggu Masa Untuk Lafaz Akad Nikah Mimi Lana

Ditanya adalah dia risau untuk berumah tangga apabila melihat kebelakangan ini, ramai ramai pasangan selebriti yang naik turun mahkamah kerana isu rumahtangga, kata Syafiq dia jadikan semua itu sebagai satu pengajaran.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 12:01PM

Mimi Lana dan Syafiq Kyle bakal disatukan tidak lama lagi. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Syafiq Kyle mengakui persiapan untuk hari bahagianya telah pun siap 100 peratus dan dia hanya menunggu masa untuk melafazkan akad nikah terhadap cinta hatinya iaitu aktres, Mimi Lana. 

Menurut pelakon yang bakatnya dicungkil melalui program Pencarian Hero Remaja 2013 ini, dia bakal sibuk dengan penggambaran sebuah karya terbitan luar negara. Disebabkan itu, dia perlu segera menguruskan persiapan perkahwinannya.

“Saya dah nak mula bekerja bulan hadapan, Jadi saya perlu selesaikan semuanya sebelum mulakan penggambaran. Waktu hari nikah nanti, saya akan ambil cuti seminggu,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan telemovie Seindah Kasih The Movie.

Sedang menghitung hari untuk bergelar seorang suami, ditanya apakah persediaan yang dilakukannya untuk menggalas tanggungjawab besar itu, kata Syafiq dia banyak menonton ceramah daripada ustaz-ustaz di YouTube.

Ditanya adalah dia risau untuk berumahtangga apabila melihat kebelakangan ini, ramai ramai pasangan selebriti yang naik turun mahkamah kerana isu rumahtangga, kata Syafiq dia jadikan semua itu sebagai satu pengajaran.

“Perkara sebegini kita lihat dan belajar tanpa kita menilai semua benda yang terjadi. Itu yang saya lakukan. Lihat dan belajar. Jika nak bercerita tentang masalah, di mana-mana juga boleh berlaku masalah, bukan dalam rumahtangga sahaja,” ujarnya. 

Bercerita mengenai telemovie terbarunya, Seindah Kasih The Movie yang dilakonkannya bersama Mimi Lana, Syafiq membawakan watak sebagai seorang wartawan surat khabar.

“Saya membawakan watak yang tak pernah saya bawa sebelum ini iaitu wartawan. Saya suka skrip telemovie ini. Konsepnya sangat menarik. Saya tak nak lepaskan peluang untuk terbabit dengan telemovie ini. 

“Alhamdulillah, maklum balas yang saya dapat pun agak bagus. Saya sendiri enjoy menonton cerita ini. Saya rasa semua orang dapat mesej yang cuba disampaikan di dalam cerita ini,” kongsinya.

Seindah Kasih The Movie diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain  serta turut dibintangi oleh Siti Saleha, Shasha Abedul, Anas Ridzuan dan Luqman Hafidz. Telemovie ini boleh ditonton di platform penstriman, Tonton. – Getaran, 11 Mei 2023
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

2

TARA 1 tahun yang lalu

Tahniah! Mimi Lana – Syafiq Kyle Sudah Bertunang, 'One Step Closer...'

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jangan Menangis! Syafiq Kyle Sahkan Sedang Buat Persiapan Untuk Mengakhiri Zaman Bujang Bersama Mimi Lana

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Filem 'Siku 12 : Langkah Derhaka' Papar Rahsia Seni Mempertahankan Diri Dari Utara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara