web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sertai Peraduan Vogue Challenge, Norish Karman Minta Haneesya Hanee Kurangkan Berat Badan

Pelakon senior, Norish Karman meminta Haneesya Hanee mengurangkan berat badannya andai ingin berjaya dalam peraduan pencarian model dari majalah antarabangsa, Vogue.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2023 12:14PM

Norish Karman dan Haneesya Hanee - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini model dan pelakon cantik, Haneesya Hanee telah memuat naik sebuah video uji bakat untuk pencarian model bagi majalah fesyen terkenal antarabangsa, Vogue.

Dalam video berkenaan, Haneesya telah memakai pakaian bersenam berwarna hitam sambil berjalan ‘catwalk’.

Ramai netizen yang telah memberikan kata-kata semangat kepadanya dan berharap agar dia terpilih kerana mempunyai potensi besar untuk bergelar model di arena antarabangsa kerana wajahnya yang unik.

Namun, disebalik komen-komen itu, terdapat satu komen yang menjadi perhatian ramai iaitu komen daripada pelakon, Norish Karman.

Dalam komennya itu, pelakon ‘Spa Q’ itu telah meminta supaya Haneesya mengurangkan berat badannya dan meluruskan badannya ketika berjalan.

Tangkapan layar komen Norish Karman
Tangkapan layar komen Norish Karman

“Kurangkan sedikit berat badan dan luruskan badan kamu. Berjalan dengan penuh anggun, tetapi menonjol dari segi ‘attitude’. Sayang kamu, teruskan berusaha,” tulisnya.

Bagaimanapun, komen Norish itu telah mendapat kecaman netizen gara-gara dia meminta Haneesya untuk mengurangkan berat badan.

Kata mereka, zaman kini telah berubah. Industri fesyen juga sudah mula terbuka menerima segala jenis bentuk tubuh. Bukan lagi seperti era dahulu.

Tangkapan layar komen netizen
Tangkapan layar komen netizen

Norish juga dilihat telah membalas komen salah seorang netizen dan memberitahu bahawa dia tiada niat negatif malah sekadar berkongsi pandangan agar Haneesya terus maju. 

Tangkapan layar komen balas Norish Karman
Tangkapan layar komen balas Norish Karman

Menyedari dirinya sedang menjadi mangsa ‘body shaming’, Haneesya dalam satu hantaran yang lain telah memberikan kenyataan tentang berat badannya.

“Jika ia sesuatu yang mudah, sekarang juga saya akan kurus. Tetapi tidak. Saya baru lepas buat pembedahan. Saya tidak boleh melakukan senaman. Dan hari ini, saya sedang datang bulan. Anda tahu apa yang berlaku ketika datang bulan? Perut anda kembung. 

“Saya tetap bangga dengan tubuh saya. Ia boleh jadi fit, kembung dan montel atau apa sahaja tetapi inilah tubuh saya. Saya bersyukur setiap kejayaan yang saya perolehi dengan tubuh ini,” tulisnya. 

Selain Haneesya, seorang lagi model dari Malaysia iaitu Tuti dilihat turut menyahut cabaran untuk menyertai peraduan yang sama. Semoga berjaya kepada semua model-model Malaysia yang mengambil bahagian dalam peraduan ini. – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Datuk Seri Vida Akui Pernah Bayar RM33,000 Untuk Potong Usus Tetapi Tak Jadi Buat Sebab Takut

2

TARA 2 tahun yang lalu

Mengaku Potong Usus Untuk Kurus, Aishah Sudah Boleh Pakai Baju Lama Zaman The Fan Club

3

Selera 2 tahun yang lalu

Kalau Nak Kurus, Pilih Buah Yang Mahu Dimakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bella Takut, Badan Kurus Semasa Jumpa Kali Pertama Di HKL - Saksi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara