web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Datuk Seri Vida Akui Pernah Bayar RM33,000 Untuk Potong Usus Tetapi Tak Jadi Buat Sebab Takut

DSV akui akibat termakan hasutan rakan-rakan untuk cepat kurus, dia pernah berniat untuk membuat pembedahan bariatrik enam tahun lalu semata-mata untuk kelihatan cantik dan langsing dalam TV.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 4:05PM

Datuk Seri Vida - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa sebagai DSV ini mengakui dia hampir melakukan pembedahan memotong usus atau bariatrik semata-mata untuk kurus beberapa tahun lalu.

Namun, menurut pemilik nama sebenar Hasmiza Othman, 51, hajatnya itu tidak diteruskan kerana diselubungi oleh perasaan takut biarpun telah membuat pembayaran sebanyak RM33,000 kepada pihak hospital. 

“Perkara ini berlaku kira-kira enam tahun lalu sewaktu Gegar Vaganza musim keempat. Saya nak kelihatan kurus dalam TV. Saya dah bayar RM33,000 , tetapi rasanya Tuhan tu sayangkan saya, Allah tak izin. Tiba-tiba saya rasa takut dan batalkan niat di saat akhir,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted.

Katanya lagi, apa yang membuatkan dia lebih takut untuk melakukan pembedahan tersebut ialah selepas melihat rakan-rakannya yang mempunyai kesan sampingan selepas menjalani pembedahan berkenaan.

“Michael Ang pernah beritahu saya, andai dapat diundurkan masa, lebih baik dia tak potong. Saya lihat kawan-kawan saya yang pernah potong usus, mereka cepat berpeluh dan pening. Ada yang sampai masuk hospital dua minggu sekali. Saya jadi takut. 

“Biarlah saya begini kerana cantik itu subjektif. Asalkan kita sihat. Janganlah kita potong usus untuk nampak kurus dan cantik, akhirnya jual produk kurus tetapi ‘claim’ sebab makan produk sendiri,” ujarnya.

Kongsi pelantun lagu 'I Am Me' ini lagi, ada doktor yang pernah memberitahunya bahawa dia boleh dapatkan bentuk badan yang kurus tanpa perlu menjalani pembedahan bariatrik.

Bercerita mengenai perkembangan terkininya. DSV telah tercalon dalam anugerah Gempak Most Wanted bagi kategori Muzik Video Tergempak 2022 menerusi lagu 'Ku Ikhlaskan'. DSV bakal bersaing dengan empat lagi selebriti popular seperti Janna Nick ('Gatal'), Joe Flizzow  ('Satu Malam Di Temasek'), Dolla ('Bad') dan Nuha Bahrin dan Naufal ('Casablanca').

“Sejujurnya saya sangat terkejut dengan pencalonan ini. Rasa macam tak percaya pun ada. Saya tercalon dalam kalangan penyanyi. Sebenarnya lagu 'Ku Ikhlaskan' ini saya tak cukup masa untuk promosi sewaktu dilancarkan dulu.

“Mungkin saya akan buat pelancaran untuk kali kedua dan saya nak masuk Anugerah Juara Lagu. Saya dah pergi ke TV3, tetapi kata mereka pencalonan telah pun ditutup untuk tahun ini. Saya akan tunggu tahun depan, kalau ada rezeki tak ke mana. 

“Saya rasa muzik video lagu ini memang mempunyai keunikan tersendiri. Ideanya sangat ‘rare’. Saya buat ‘stunt’ sendiri dalam muzik video ini. 

“Saya terpaksa terbang dengan berat sebegini. Saya harap peminat memberi peluang kepada saya untuk menang agar saya dapat hasilkan lebih banyak lagu dan muzik video yang hebat,” katanya yang mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya. – Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sertai Peraduan Vogue Challenge, Norish Karman Minta Haneesya Hanee Kurangkan Berat Badan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pakai Fesyen Ala Telekung Ke Majlis Anugerah, Datuk Seri Vida Dituduh Permainkan Agama

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Netizen Terkejut Lihat DSV Promosi Barisan Nasional Sambil Tayang Dada

4

Muzik 1 tahun yang lalu

"Saya Bukan Mahu Tumpang Glamor Datuk Vida" - Alyph Jawab Kolaborasinya Dengan Usahawan itu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara