web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


"Saya Bukan Mahu Tumpang Glamor Datuk Vida" - Alyph Jawab Kolaborasinya Dengan Usahawan itu

"Saya boleh sahaja nak buat kontroversi tanpa melibatkan Vida tapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian," kata Alyph.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 10:50PM

Alyph (kanan) bersama Datuk Seri Vida (kiri)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan bintang rap Alyph menafikan dakwaan dirinya cuba  menumpang glamor usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida, apabila muncul dengan single baharu berjudul ‘Swipe’ bersama figura tersebut.

Pemuzik berbakat besar kelahiran Singapura itu berkata, kolaborasi bersama usahawan tersebut bukanlah dilakukan semata-mata untuk menumpang glamor Vida, sebaliknya ia adalah untuk menghapuskan sentiment tersebut.

“Tujuan saya bekerjasama dengan Vida adalah atas alasan saya tersendiri, bukanya sebagai suatu cara pemasaran untuk single baharu saya.

“Malah, saya ingin tunjukkan bahawa dengan menggunakan media sosial, kalau kita buat kerja dengan citarasa yang memikat, insya-Allah hasilnya akan diterima orang dengan baik. It’s what we really see,”  katanya kepada Getaran ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu, ‘Swipe’ di Dadi Cinema baru-baru ini.

Alyph atau nama sebenarnya, Alif Abdullah, 33, berkata, single terbaharunya itu turut menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percintaan menerusi aplikasi dan terpencil sekarang.

“Bukan senang nak jadi yakin setiap masa, jadi saya ingin hasilkan lagu yang mampu mencetuskan rasa itu.

“Jadi, bagi memberi gambaran realistik mengenai hal itu, saya menjadikan beliau sebagai rujukan yang tepat. Ramai tahu beliau sering mendapat liputan, dan tidak pernah gagal menjentik khalayak untuk bercakap mengenai dirinya. 

“Saya inginkan seseorang yang  langsung  tidak malu menjadi diri sendirinya, dan pada masa sama, mempunyai luka silam serta kejayaan depan mata. Beliau sangat sempurna dengan karakter itu,” jelas Alyph.

Penyanyi yang pernah muncul dengan single  ‘Adakah Kau Mendengar’ sebelum ini turut mengakui bahawa peminat sekarang  sentiasa mendahagakan sesuatu yang sensasi atau viral.

“Sebenarnya, zaman sekarang ramai mahu melayan benda-benda yang viral dan sensasi. Tujuan utama orang sekarang adalah untuk mengejar apa yang tular di media sosial.

“Saya boleh sahaja nak buat kontroversi tanpa melibatkan Vida tapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian.

This is the reality now, jadi itu bukan sebab mengapa beliau ada dalam lagu ini. It can be done tastefully (boleh dilakukan dengan baik). Dengan kolaborasi ini, saya nak hancurkan sentimen berkenaan hal itu sepenuhnya dan selamanya,” tambahnya.

Single terbaharu Alyph berjudul ‘Swipe’ dilancarkan menerusi Def Jam Malaysia dan Singapura bermula hari ini ( 28 Oktober). 

Muzik video (MV) rasmi ‘Swipe’ yang menampilkan kemunculan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, sebagai ‘cameo’  juga boleh ditonton menerusi YouTube bermula hari ini.- Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Datuk Seri Vida Akui Pernah Bayar RM33,000 Untuk Potong Usus Tetapi Tak Jadi Buat Sebab Takut

2

TARA 1 tahun yang lalu

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Netizen Terkejut Lihat DSV Promosi Barisan Nasional Sambil Tayang Dada

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Bukannya Aku Tepuk Bontot Laki Kau” – Ifa Raziah 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara