web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


“Bukannya Aku Tepuk Bontot Laki Kau” – Ifa Raziah 

Artis dan usahawan sensasi, Ifa Raziah menjawab dakwaan netizen yang mengatakan aksinya menepuk bontot sesama rakan usahawan dalam sebuah video sebagai menjatuhkan maruah kaum wanita. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 2:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan usahawan sensasi iaitu Ifa Raziah sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila memuatnaik video menepuk bontot yang menjadi tular  di media sosial.

Dalam video itu, kelihatan Ifa dan beberapa lagi usahawan popular yang lain seperti Kak KM (Liana Rosli), Datuk Seri Vida dan Che Ta Pot Pet Pot Pet melakukan aksi tepuk bontot di perkarangan pusat beli belah Lala Port di Bukit Bintang.

Video itu dikatakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Minggu Usahawan Negara 2022 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Disebabkan itu, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan cara mereka  mempromosikan acara yang melibatkan kementerian itu. 

Ifa yang menyedari namanya dan beberapa usahawan lain sedang hangat diperkatakan netizen memberitahu bahawa dia tidak melakukan perkara yang keterlaluan di dalam video berkenaan.

“Kami sekadar bergurau senda sesama kawan. Saya tak buat benda yang melampau pun. Bukannya saya berbogel, selak kain, selak baju dan nampak benda-benda yang tidak sepatutnya. 

Itu cara kami bergurau sesama kawan. Tetapi tanggapan orang lain dan berbeza-beza. Saya pun tak boleh nak hentikan apa orang kata,” katanya kepada Getaran.

Tambahnya lagi, memang niat mereka membuat video berkenaan adalah untuk menjadi ‘viral’ dan telah dipersetujui oleh setiap seorang yang terlibat dalam video berkenaan. 

“Kita buat video ini untuk ‘viral’ sebab nak orang tahu tempat ini. Tempat yang kami berdiri dalam video itu adalah tempat yang kami nak buat majlis itu nanti. Daripada tempat itu orang tak tahu dulu adalah penjara Pudu, sekarang orang dah tahu tempat itu adalah Grand Bazaar di Lala Port supaya orang datang ke majlis saya,” ujarnya. 

Ditanya tentang ada yang beranggapan video itu seolah-olah menjatuhkan maruah wanita, kata Ifa itu adalah gurauan sesama kaum wanita.

“Yang tepuk itu perempuan sesama perempuan. Macam lah wanita lain tak pernah bertepuk. Yang orang lain bertepuk kau tak nampak, yang aku tepuk kau nampak. Bukan suami kau yang tepuk bontot aku atau aku tepuk bontot suami kau. Itu lain la ceritanya,” luahnya. 

Namun kata Ifa, dia sebenarnya tidak ambil hati dengan ‘haters’ kerana dia sendiri tidak baca segala kecaman yang dilemparkan kepadanya.

“Orang komen saya di Tik Tok pun saya tak tengok. Komen lah bagai nak rak. Tetapi saya tak boleh marah mereka ini. Kerana mereka ada pandangan mereka sendiri. Mereka yang bersusah payah menularkan video itu. Menjadikan saya semakin terkenal, acara yang saya anjurkan semakin berjaya. Terima kasih,” katanya.  - Getaran, 15 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara