web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Selebriti Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2024 7:46PM

Mohd Fairuz Selamat - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Membuat keputusan mengundur diri sewaktu nama berada di puncak populariti tidak pernah sesekali dikesali Mohd Fairuz Selamat, 39, bekas vokalis kumpulan Q-Face, kumpulan remaja terkenal tanah air suatu ketika dahulu.

Berkat memilih jalan mengejar ilmu di menara gading akhirnya melahirkan "Fairuz" selaku seorang pentadbir seni dan budaya negara yang kini bergelar Penolong Pengarah (Bahagian Dasar dan Perancangan) Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN).

Pelantun lagu popular Izinkanlah dan Cinta Tak Sehaluan ini sewaktu ditemui Bernama, berkata ketika kumpulan Q-Face sedang mencipta nama sekitar 2000 hingga 2005, beliau perlu membuat keputusan sama ada meneruskan kerjaya sebagai penyanyi atau bergelar mahasiswa selepas tamat Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor.

"Satu keputusan yang berat, sewaktu itu Q-Face sedang popular, berada sebaris dengan kumpulan New Boys, Boboi dan artis-artis remaja sedang meningkat naik seperti Siti Nurdiana dan ramai lagi.

"Namun kakak saya Rafisah Selamat, 47, memberi semangat kepada saya, bahawa ilmu itu juga akan membantu saya untuk berjaya dalam apa jua kerjaya yang saya ceburi, maka saya memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam pengajian Seni Persembahan (Drama)," katanya.

Menyingkap kerjayanya sebagai penyanyi, bakat Mohd Fairuz dicungkil oleh sebuah syarikat rakaman ketika berusia 16 tahun dan digandingkan dengan empat lagi remaja, iaitu Qimie, Angah, Azan serta Noh membentuk kumpulan Q-Face pada 2000 dan seterusnya menghasilkan album berjudul Q-Face.

Dua tahun kemudian beliau meninggalkan Q-Face untuk menumpukan perhatian pada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan muncul semula sebagai vokalis kumpulan Antz pada penghujung 2002, namun pada 2005 beliau membuat kaputusan melanjutkan pelajaran di UM.

Selepas menamatkan pengajian, Mohd Fairuz menyertai Perkhidmatan Awam dan menjadi Penolong Pengarah di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum bertukar ke JKKN.

"Saya bertugas di ibu pejabat selama 10 tahun sebelum ke JKKN Perak sebagai Timbalan Pengarah selama dua tahun dan kini kembali ke ibu pejabat," katanya.

Mohd Fairuz berkata meskipun tidak meneruskan kerjaya dalam bidang seni, beliau tetap berbangga bertugas dalam bidang yang masih berkaitan dengan seni, malah menjadi antara tenaga kerja yang terus memperjuangkan seni dan budaya negara ini.

"Saya ada pandangan sendiri. Jika saya teruskan dahulu, mungkin saya masih bersama-sama rakan-rakan seperjuangan seperti Naqiu, Tomok dan lain-lain, tetapi saya juga tidak menyesal berada di kedudukan sekarang," katanya.

Diserbu peminat, nama menjadi sebutan setiap kali membuat persembahan dan menerima surat peminat hingga lebih 200 pucuk dalam sehari adalah antara pengalaman menarik dalam hidupnya sebagai seorang anak kampung.

Katanya meskipun lebih 20 tahun meninggalkan dunia seni, beliau yang berimpian menghasilkan single pada suatu hari kelak, masih menerima tempahan membuat persembahan secara sambilan di luar waktu kerjanya.

"Ya lah, sebab pernah menyanyi, rasa rindu tetap ada, namun saya juga amat gembira dengan apa yang dilakukan sekarang untuk bidang seni," katanya.

Ditebak soalan tentang jodoh, Mohd Fairuz berharap beliau akan bertemu pasangannya dalam masa terdekat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Azharina Hidap Kanser, Bakal Jalani Pembedahan

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

oleh Sophia Ahmad