web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Pedofilia Ada Di Mana-Mana, Dalam Kes Syariah Tidak Terkecuali’ - Peguam

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2024 7:43AM

Pedofilia akan menggunakan manipulasi, pujukan dan penipuan untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak dan kadang kala juga ahli keluarga mereka. – Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kisah ‘Abang Bas’ nyata mengocak kedamaian ramai.

Meski tiada kejadian tragis dilaporkan, ia sudah cukup membimbangkan pihak yang peka dengan tabiat dan kelaziman golongan pedofilia.

Walau dikategorikan sebagai jenayah sivil, kejadian melibatkan pelaku pedofilia ini juga pernah berlaku dalam kes Syariah.

Berkongsi kisah tersebut, peguam Amir Azhar berkata, beliau pada ketika itu menangani satu kes permohonan fasakh seorang wanita. 

Katanya, permohonan berkenaan difailkan selepas plaintif tidak sanggup menerima kecurangan suami yang rupanya sudah kerap kali berlaku.

“Titik tolak permohonan itu ialah apabila anak guam saya menemui pemacu USB yang mengandungi puluhan video seks suaminya bersama wanita pelbagai peringkat usia,” katanya kepada Getaran.

Amir Azhar
Amir Azhar

Jelas Amir, lebih mengejutkan ialah apabila defendan juga pernah melakukan perbuatan sumbang ke atas anak perempuannya yang pada ketika itu baru berusia hampir empat tahun.

“Anak guam saya kata, suaminya sering meriba anak perempuan mereka sambil melakukan aksi tertentu. 

“Pada mulanya dia ingat ia hanya gurauan seorang bapa, sehinggalah kanak-kanak itu menceritakan sesuatu yang amat menakutkan seorang ibu,” katanya.

Tambah peguam itu, anak guamnya juga berkongsi bagaimana suaminya pernah melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak terlibat.

“Perbuatan keji tersebut berlaku ketika lelaki terbabit menemani anaknya mandi di sebuah tandas awam. 

“Dipendekkan cerita, permohonan fasakh anak guam saya diluluskan, tapi saya kesal kerana dia tidak mahu melaporkan perbuatan suaminya ke pihak berkuasa atas alasan mahu melindungi aib keluarga,” katanya.

Sementara itu, memetik The Patriot Asia, insiden melibatkan ‘Abang Bas’ bukan sekadar gurauan atau perhatian yang keterlaluan. 

Perbuatan dilakukan pemuda berkenaan jelas satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan manipulasi yang serius, dikenali sebagai pengantunan seksual.

Jelas The Patriot Asia, pengantunan seksual ialah proses melibatkan individu dewasa yang cuba membina hubungan dengan kanak-kanak bagi membolehkan eksploitasi seksual dilakukan. 

“Pelaku biasanya akan mula dengan perbuatan yang nampak tak salah, seperti beri hadiah, perhatian khusus atau memuji kanak-kanak.

Grooming juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada secara bersemuka atau melalui dalam talian, di mana pelaku akan menggunakan manipulasi, pujukan dan penipuan untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak dan kadang kala juga ahli keluarga mereka,” katanya.

Video 'Abang Bas' memaparkan aksinya memerhatikan pelajar dikecam ramai. 
Video 'Abang Bas' memaparkan aksinya memerhatikan pelajar dikecam ramai. 

Pada Jumaat lalu, seorang pemuda berusia 24 tahun ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang dipercayai masih bersekolah rendah. 

Penahanan suspek dibuat polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang.

Sebelum itu, video memaparkan aksinya memerhatikan pelajar dengan keterangan yang berunsur seksual tular di media sosial dan menerima kecaman ramai. 

Ia menyebabkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis terhadap suspek. - Getaran, 10 September 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS