web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Big Stage 5: Suara Saya Tak Sama Macam Dayang Atau Sarah Suhairi - Aufahanie Akui Mahu Cari Identiti Sendiri 

Menurut Aufa atau nama lengkapnya Nur Aufahanie Mokhtar, dia mempercayai peluang menyertai ‘Big Stage 5’ membuka ruang untuknya memperkenalkan diri dan nama dalam industri muzik tanah air.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 4:00PM

Aufahanie - Gambar Instagram Aufahanie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya mahu cari identiti sendiri. Saya tidak pernah merasakan suara saya sama seperti Dayang mahupun Sarah Suhairi." 

Begitulahlah respon penyanyi Aufahanie yang mengakui bahawa tujuan utama penyertaannya dalam program ‘Big Stage’ musim kelima adalah untuk mencari identiti sendiri.

Menurut Aufa atau nama lengkapnya Nur Aufahanie Mokhtar, 20, dia mempercayai peluang menyertai ‘Big Stage 5’ membuka ruang untuknya memperkenalkan diri dan nama dalam industri muzik tanah air.

Aufa perlu bekerja keras untuk menampilkan identitinya yang tersendiri. - Gambar Instagram Aufahanie
Aufa perlu bekerja keras untuk menampilkan identitinya yang tersendiri. - Gambar Instagram Aufahanie

“Saya masih cari identiti saya sendiri dalam industri ini. Saya tidak pernah meniru mana-mana penyanyi. Saya juga tidak pernah merasakan suara saya sama seperti Dayang mahupun Sarah Suhairi.

“Apa yang saya boleh buat, saya akan menyanyi sehabis baik dan elak daripada kedengaran seperti mereka. Saya memang mengidolakan mereka dan sering merujuk nyanyian mereka, tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak meniru atau terikut dengan cara nyanyian mereka,” katanya kepada Getaran.

Disoal sama ada dia rimas asyik dibandingkan dengan penyanyi lain yang sudah mencipta nama, Aufa bagaimanapun menganggap perbandingan sebegitu sebagai satu pujian selain motivasi untuk dirinya terus berusaha menjadi lebih baik.

“Sejujurnya, saya terima sahaja apa yang dikata orang ramai sebab itu satu pujian kerana Sarah dan Dayang merupakan ikon yang yang cantik serta berbakat.

“Walaupun saya segan, dibandingkan dengan figura-figura yang begitu hebat, namun saya anggap ia sebagai motivasi dan potensi untuk jadi penyanyi yang bagus macam mereka. Saya tidak pernah rimas pun,” akurnya. 

Aufa akan menggandakan usaha untuk memberikan persembahan terbaik setiap kali menjayakan konsert mingguan di 'Big Stage 5'. - Gambar Instagram Aufahanie
Aufa akan menggandakan usaha untuk memberikan persembahan terbaik setiap kali menjayakan konsert mingguan di 'Big Stage 5'. - Gambar Instagram Aufahanie

Namun, pada masa yang sama, dia berharap agar masyarakat dapat menerimanya sebagai Aufahanie tanpa perlu berselindung di bawah bayangan penyanyi lain.

Dalam pada itu, pelantun lagu 'Geming Jiwa' berkata, dia tidak main-main dalam membuat persiapan sebelum berperang di pentas ‘Big Stage' musim lima.

Jelas Aufa, pengalamannya yang pernah terkucil semasa membuat persembahan di sebuah pertandingan program realiti nyanyian pada tahun 2020 membuatkan dia bangkit lebih kental. 

“Menerusi pentas ‘Big Stage’ kali ini, saya telah membuat persediaan yang mantap serta membawa kelainan dalam penampilan saya. Ia juga boleh dianggap sebagai strategi saya. 

“Tenaga pengajar di ‘Big Stage’ mengatakan bahawa saya mempunyai emosi yang berat apabila menyanyi, jadi saya harus memilih lagu yang sarat dengan emosi agar pembawaan menjadi lebih cemerlang dan lain daripada yang lain.

“Untuk tampilkan sisi diri yang istimewa berbanding peserta lain, saya yakin semua itu cenderung ke arah emosi saya,” tambahnya.

Mengulas mengenai kekuatan 13 peserta lain yang tidak kurang hebatnya, Aufa berkata, dia tidak putus asa sebaliknya menggandakan usaha untuk memberikan persembahan terbaik setiap kali menjayakan konsert mingguan. 

“Saingan peserta kali ini sangat kuat terutamanya daripada peserta berkumpulan. Impian saya adalah untuk bertahan dan bergelar finalis di minggu akhir.

“Saya rasa peserta terkuat adalah Hoondoo dan Waode kerana strategi mereka sangat hebat dan vokal mereka juga pun punya kekuatan. Jadi, saya kena bekerja lebih gigih. Saya akan tunjukkan apa yang saya ada,” ujarnya. – Getaran, 16 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara