web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Saya Gembira Ayah Suka Lagu Pertama Saya' - Arena Muncul Dengan Lagu Pertama 'In My Head' Yang Kini OST 'Journal' 

Arena  berkata, lagunya itu berjaya kembalikan semangat yang hilang dalam diri ayahnya ketika dia mengambil keputusan untuk meninggalkan industri seni ini.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 8:14PM

Arena Lieya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi baharu, Arena Lieya teruja apabila melihat kegembiraan pada wajah ayahnya tatkala mendengar lagu pertamanya berjudul ‘In My Head’.

Menurut Arena, dia bimbang risau sebelum buah tangan pertamanya itu didengari ayahnya yang juga seorang komposer dan pengkritik muzik.

“Sejujurnya, saya rasa gembira apabila dia telah mendengar dan memberikan reaksi positif, Alhamdulillah. Jadi bila dia puji lagu pertama saya dan katanya lagu ini seperti lagu antarabangsa, memang rasa teruja.

“Tambahan pula ayah saya seorang pengkritik muzik dan cukup dikenali dengan sikap ‘sombong’ serta tegasnya. Mak saya pun akui, ramai orang tak suka ayah saya kerana sikapnya dahulu. Lagilah saya gementar untuk perdengarkan lagu saya,” katanya kepada Getaran.

Arena atau nama penuhnya Arena Wan Mun - Yi Iman Wan berkata, lagunya itu berjaya mengembalikan semangat yang hilang dalam diri ayahnya ketika dia mengambil keputusan untuk meninggalkan industri seni ini.

“Ketika dia tinggalkan industri seni ini, sedih juga sebab dia seperti hilang ‘spark’ untuk hasilkan muzik. Keghairahannya dalam berkarya juga seperti sudah hilang.

“Mungkin kerana dia berhenti terlalu lama, jiwanya dalam muzik seperti dah tak ada. Tapi, bila dia dengar lagu ini, saya nampak semangat yang dah lama hilang itu, muncul kembali.

“Malah dia lagi teruja apabila saya memberikan lagu ini. Setiap kali balik dari penggambaran, dia akan bertanya bilakah lagu itu akan keluar. Bahkan, dia siap kongsikan kepada kawan-kawannya dan saudara mara walaupun itu hanyalah demo,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia pernah meluahkan hasrat untuk meminta bantuan ayahnya bagi mencipta nama dalam industri muzik, Arena berkata dia mahu berdikari sendiri untuk maju dalam industri ini.

“Sebenarnya, saya sentiasa dapat soalan ini, kenapa saya tak minta ayah buatkan lagu memandangkan dia ada hubungan dengan industri. Pada saya, saya nak berdikari sendiri.

“Mungkin orang luar tidak faham keadaan saya, tetapi saya tahu dan saya faham keadaan ayah saya. Saya ada adik autism, jadi ayah terpaksa tinggalkan karier dan industri muzik untuk beri tumpuan menjaga adik saya,” jelasnya.

Untuk rekod, lagu ‘In My Head’ yang dicipta dan diterbitkan MFMF itu juga kini menjadi lagu OST untuk drama bersiri 'Journal Sarahaeyo' yang bermula siaran pada 19 Mei lalu. – Getaran, 23 Mei 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara