web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

Ifa turut mempersoalkan dimanakah silap dirinya dalam video tersebut, bahkan dia bangga perancangan menjayakan strategi ‘marketing’ telah berjaya menarik perhatian ramai.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 2:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering menjadi perhatian gara-gara membuat 'content' viral di sosial media pelakon dan selebriti sensasi, Ifa Raziah mengakui dirinya tidak kisah dikecam netizen.

Menurut Ifa, dia sudah lali tidak lagi terkesan dengan caci maki netizen gara-gara tarian gelek goyangan punggung bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.

Ifa sudah lali dengan kecaman netizen sejak bergelar anak seni. - Gambar Instagram Budiey Channel
Ifa sudah lali dengan kecaman netizen sejak bergelar anak seni. - Gambar Instagram Budiey Channel

Kata Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, aksi sedemikian hanyalah untuk pemasaran selain sebagai hiburan kepada rakyat Malaysia.

“Apa salahnya viral? Setahun sekali saja saya ‘belanja’. Kita nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia. 

“Satu tak baca pun benda (kecaman) itu, buat penat saja mereka komen malah saya berterima kasih kerana menviralkan saya.

“Saya tak hairan, saya dah kebal dengan makian. Sudah 27 tahun jadi anak seni,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pempengaruh Budiey. 

Ifa Raziah - Gambar Instagram Budiey Channel
Ifa Raziah - Gambar Instagram Budiey Channel

Sementara itu, Ifa turut mempersoalkan di manakah silap dirinya dalam video tersebut malah dia bangga perancangan menjayakan strategi ‘marketing’ telah berjaya menarik perhatian ramai.

“Saya tidak bersentuhan dan tak pakai pakaian yang mencolok mata jadi di manakah kesalahan itu?

“Kita nak bagi hiburan kepada rakyat Malaysia, bila saya membuat hantaran yang bagus namun benda itu semua tidak menjadi viral, namun bila saya buat konten yang bangang menjadi viral pulak.

“Jadi ini menunjukan bahawa rakyat Malaysia memang suka content yang bangang, mereka layan dan menjadikan video yang bangang daripada video yang bagus.

“Bagi mereka content yang cerdik tidak menghiburkan dan content yang bangang sepeti ini pula menjadi hiburan yang mereka suka dan senang menjadi bahan untuk mereka berkomentar dan maki hamun kita,” ujarnya.

Terdahulu, Ifa pernah dikecam kerana bergelek sakan bersama beberapa artis lain dalam sebuah kenduri akikah yang dianggap mencemarkan kesucian majlis tersebut. – Getaran, 30 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Klip Video Raya: MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri

4

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara