web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Menurut Sherry Ibrahim, dia pada mulanya gusar apabila masih tidak berkahwin ketika usia hampir mencecah 40 tahun, namun bila difikirkan semula, dia percaya Allah akan berikan jodoh di waktu yang tepat.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 12:06PM

Sherry Ibrahim - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Sherry Ibrahim tidak kisah andai ada yang ingin menggelarnya ‘andartu’ (anak dara tua) kerana masih belum berkahwin biarpun usianya telah mencecah 40 tahun.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, bukan dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga, namun jodoh itu belum sampai.

“Bila dah cecah usia 40 tahun, of course I want to settle down. Saya tak pernah cakap tak perlu kahwin. Saya nak! Saya nak punya anak. Sekarang ini anak kucing saya adalah segala-galanya untuk saya. Saya ingin menjaga seseorang. 

“Tapi itulah, jodoh itu tak sampai lagi. Bukannya saya tidak pernah berdoa pada Allah untuk diberikan jodoh. Namun mungkin Allah tahu yang saya belum bersedia lagi,” katanya.

Ditanya wujudkah timbul perasaan takut masih lagi tidak berkahwin bila usia mencecah 40 tahun, kata Sherry kegusaran itu memang ada.

“Saya ada rasa ketakutan itu sewaktu mahu beralih usia ke umur 40 bila saya tengok kawan-kawan saya kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi bila saya fikir balik, takkan saya nak kahwin semata-mata sebab orang nak saya kahwin. 

“Saya tak kisah pun andai orang nak cakap saya anak dara tua ke apa. Yang penting saya tak susahkan orang. Saya ada perkara yang perlu diberi keutamaan iaitu karier seni dan perniagaan saya,” ujarnya.

Kata bekas pramugari ini lagi, bukan dia seorang yang menjalani kehidupan bujang di usia 40 tahun. Ramai lagi kawan-kawannya yang masih solo biarpun sudah mencecah usia lebih 40 tahun.

“Saya happy dengan kehidupan saya. Saya dapat mengembara ke luar negara dengan kawan-kawan. Kawan-kawan saya pun ramai yang berusia 40 tahun ke atas yang tak kahwin lagi. Tetapi semua masih hot,” kongsinya.

Biarpun sudah berusia 40 tahun, namun Sherry tetap menjalani gaya hidup yang sihat. Jika dilihat pada fizikalnya, dia masih kelihatan seperti awal 30-an. 

“Dan disebabkan itulah, dia disunting untuk menjalinkan kerjasama dengan Glamisca menghasilkan produk makanan kesihatan yang diberi nama Wonder 4 Glam Shot. 

Wonder 4 Glam Shot merupakan jeli yang datang dalam bentuk sachet yang mengandungi ginseng merah Korea yang boleh membantu memberikan tenaga, mengurangkan tekanan, tidur yang lebih nyenyak dan menjaga kulit muka. 

Selain sibuk dengan perniagaan, Sherry juga terlibat dengan program nyanyian iaitu Mic On Selebriti yang disiarkan di Awesome TV setiap hari Sabtu. Dia juga bakal muncul dengan drama terbaru menerusi slot Samarinda tidak lama lagi. – Getaran, 1 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 5 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia