web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 12:34PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika menghadiri majlis raptai sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya, hari ini. gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengguguran saluran televisyen tempatan, Awesome TV daripada acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 disebabkan faktor masa perjalanan program sambutan itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata situasi itu bukan hanya dialami pihak Awesome TV sebaliknya terdapat beberapa syarikat lain turut digugurkan daripada menyertai acara itu pada sambutan yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, di sini, Khamis ini. 

“Kita lihat dari segi jangka masa keseluruhan program, sebenarnya ada beberapa pihak yang mohon untuk sertai acara perbarisan, tetapi kami KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) tidak dapat memenuhinya.

“Jadi bukan satu pihak sahaja (yang digugurkan). Jangka masa adalah terhad jika dilihat dari segi masa keseluruhan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Pada 24 Ogos, media melaporkan Awesome TV mendakwa digugurkan tanpa sebab daripada senarai peserta bagi acara perbarisan Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran. 

Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran yang menyertai acara perbarisan serta perarakan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini bakal menampilkan kelainan apabila menyaksikan penglibatan gabungan pelbagai agensi dan syarikat media tempatan. 

Selain Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran, perbarisan dan perarakan itu juga disertai Kontinjen Kenegaraan, Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI, Kontinjen Ekonomi dan Kontinjen Perbankan. 

Turut menyertai adalah Kontinjen Telekomunikasi, Kontinjen Komuniti, Kontinjen Sukan Negara, Kontinjen Kesejahteraan dan Kontinjen Keselamatan Negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

4

Politik 2 minggu yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jenazah Pendaki Gunung Denali Tiba Di Tanah Air

Semasa 11 jam yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung  

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Negara Ke-10 Paling Aman Di Dunia