web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Negara Ke-10 Paling Aman Di Dunia

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 8:45PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia telah naik sembilan anak tangga dalam Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) untuk menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia.

Menurut GPI 2024 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), keputusan itu adalah di tengah-tengah kemerosotan tahap purata keamanan global yang menyaksikan penurunan sebanyak 0.56 peratus dan ini merupakan tahun kelima berturut-turut ia merosot.

Malaysia berada di kedudukan ke-19 dalam laporan GPI 2023.

Berbanding negara jiran, Singapura diletak sebagai negara kelima paling aman di dunia, manakala Indonesia di tempat ke-48 diikuti Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).

Laporan itu turut menyatakan bahawa Malaysia juga disenarai sebagai antara lima negara paling aman dalam domain konflik berterusan dan ketiga terbaik dalam domain ketenteraan.

Selain itu, Asia Pasifik mencatatkan sedikit kemerosotan dari segi keamanan dalam GPI 2024 dengan skor keseluruhan merosot sebanyak 0.1 peratus, bagaimanapun ia kekal sebagai rantau kedua paling aman di dunia sejak 2017.

Malaysia disenaraikan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia Pasifik; manakala New Zealand di tempat pertama diikuti Singapura di tempat kedua.

GPI 2024 juga mendapati dunia semakin tidak aman sejak 16 tahun lepas dengan skor purata negara merosot sebanyak 4.5 peratus selepas indeks itu dimulakan pada 2008.

Menurut indeks itu, Iceland kekal sebagai negara paling aman di dunia diikuti Ireland (di tangga kedua), Austria (ketiga), New Zealand (keempat) dan Singapura manakala Yaman direkodkan sebagai negara paling tidak aman di dunia bersama-sama Sudan (162), Sudah Selatan (161), Afghanistan (160) dan Ukraine (159).

Daripada 163 negara dalam GPI, 95 mencatatkan kemerosotan, 66 menyaksikan peningkatan manakala dua merekodkan tiada perubahan. Tujuh belas daripada 23 petunjuk GPI merosot antara tahun 2008 dan 2023 manakala tujuh bertambah baik.

GPI ialah pengukur utama keamanan global serta membentangkan analisis yang dipacu oleh data paling komprehensif setakat ini dalam trend keamanan, nilai ekonominya dan cara membangunkan masyarakat yang harmoni.

Ini adalah edisi ke-18 GPI, yang menyenaraikan 163 negara merdeka mengikut tahap keamanan masing-masing merangkumi 99.7 peratus populasi dunia. – BERNAMA

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Mahu Jadi Hab Pelancongan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

Satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor hari ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight