web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung  

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 8:07AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dalam insiden di sebuah pangsapuri di Relau di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek, yang berusia 40 tahun dan dipercayai mempunyai masalah mental, ditahan di pangsapuri terbabit selepas polis menerima maklumat berhubung insiden itu daripada abangnya.

Beliau berkata suspek dikatakan menghubungi abangnya pada kira-kira 5 petang dan memaklumkan bahawa dia telah menikam ibu mereka yang berusia 67 tahun dengan gunting.

"Berdasarkan siasatan awal, sebelum kejadian dua anak mangsa telah menghubungi ibu mereka namun panggilan tersebut tidak dijawab... bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan panggilan suspek yang memaklumkan telah menikam ibu mereka menggunakan gunting dan wanita itu sudah meninggal dunia," katanya.

Razlam berkata siasatan juga mendapati mangsa hanya datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu serta Ahad dan pada hari lain dia tinggal bersama anak sulung di Batu Maung.

Beliau berkata suspek juga mengugut untuk membunuh semua ahli keluarganya sebelum ini dan pernah menerima rawatan psikiatri tahun lepas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Ibu Bapa, Penganggur Berdepan Hukuman Mati

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 14 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

Sukan 16 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024