web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Ibu Bapa, Penganggur Berdepan Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 5:43PM

Ahmad Hafizuddin berdepan dengan hukuman mati mandatori.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang penganggur berdepan hukuman mati mandatori selepas didakwa membunuh ibu dan ayah kandungnya di Kampung Kemahang, dekat Lipis, 4 Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Hafizuddin Mohammad, 31 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret Lipis, pagi tadi.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Hafizuddin didakwa membunuh Mohamad Maasai, 68 tahun dan Zailan Zainudin, 64 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta pada 4 Oktober lalu, antara jam 11 hingga 12 malam.

Tertuduh hanya mengangguk faham sebaik sahaja dua kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad, namun tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Muhairi Mohamad Noh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Muhammad Muhairi memohon agar mahkamah merujuk tertuduh ke hospital psikiatri bagi melakukan ujian mental dan memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bharu selama sebulan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Tatatacara Jenayah.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 11 November depan.

Media pada 4 Oktober lalu melaporkan sepasang suami isteri ditemui maut selepas dibunuh oleh anak lelaki mereka menggunakan senjata tajam, dipercayai golok.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata, ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis metafetamin.

Suspek didakwa melakukan jenayah itu ketika berbual dengan bapanya di ruang tamu kediaman mereka.

Ibu suspek yang cuba menghalang perbuatan anaknya, turut menjadi mangsa apabila ditemui mati berlumuran darah berhampiran pagar rumah mereka. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung  

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka