web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 12:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan disini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap enam lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, sembilan tahun lalu.

Mereka ialah bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran,61; pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandran, 53; dan empat penganggur, R Dinishwaran, 32; A K Thinesh Kumar, 31; M Vishwanath, 34; serta S Nimalan, 31.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara menolak rayuan yang difailkan enam lelaki berkenaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Julai, 2020 yang telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap kesemua lelaki berkenaan.

Hakim Hadhariah berkata setelah meneliti kesemua alasan penghakiman hakim Mahkamah Tinggi dan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan mendapati hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan apa-apa kekhilafan dari segi undang-undang dan fakta.

"Sabitan yang dikenakan (terhadap ke-enam-enam lelaki) oleh Mahkamah Tinggi itu adalah betul," kata beliau.

Hakim Hadhariah berkata kejadian membunuh dirancang rapi dan keadaan mayat si mati semasa dijumpai menunjukkan kekejaman kesemua tertuduh.

Pada 10 Julai 2020, semua lelaki berkenaan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh Morais.

Mereka didakwa membunuh Morais, 55, di sebuah lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan Jalan US 1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi hingga 8 malam, 4 September 2015.

Mendiang dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayatnya ditemui dalam tong dram yang disi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September tahun sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia