web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

Pada usia 22 tahun, Astrud Gilberto menyanyikan lagu 'Girl from Ipanema' versi Inggeris dan meraih kemasyhuran antarabangsa.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 2:05PM

Astrud Gilberto - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MEXICO CITY - Penyanyi Brazil Astrud Gilberto meninggal dunia pada Isnin pada usia 83 tahun di rumahnya di Philadelphia di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Berita pemergian Gilberto dikongsi oleh ahli keluarganya di media sosial.

"Saya tampil membawakan anda berita sedih bahawa nenek saya meninggal dunia hari ini," kata Sofia Gilberto, cucu perempuan "Ratu Bossa Nova" di Instagram, lapor Agensi Anadolu.

"Pada usia 22 tahun, beliau menyanyikan lagu 'Girl from Ipanema' versi Inggeris dan meraih kemasyhuran antarabangsa.

“Lagu Bossa Nova itu menjadi lagu kedua paling banyak dimainkan di seluruh dunia terutamanya kerana beliau. Saya sayang dan akan mencintai Astrud selama-lamanya dan beliau adalah wajah serta suara Bossa Nova di kebanyakan negara dunia," tulisnya.

Astrud Evangelina Weinert dilahirkan pada Mac 1940 dan dibesarkan di Rio de Janeiro, tempat dia bertemu Joao Gilberto, suaminya. Pasangan itu berpindah ke AS pada tahun 1963 dan  memulakan kerjaya muziknya pada usia 22 tahun.

Beliau merakamkan sekurang-kurangnya 15 album sepanjang kerjayanya dan menjelajah dunia. - Bernama-Anadolu

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara