web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elly Mazlein Umum Undur Diri Sebagai Pengacara GV 10

Lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, Elly Mazlein mengumumkan pengunduran itu selepas bertugas sebagai pengacara bersama program nyanyian All Star Gegar Vaganza pada Ahad lalu

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 8:06PM

Elly Mazlein ketika mengacarakan All Star Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse minggu lalu. gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dikritik dan dikecam hebat oleh netizen terhadap gaya dan cara pengacaraannya di pentas All Star Gegar Vaganza (GV10) baru-baru ini, Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom mengumumkan pengunduran sebagai pengacara dalam program nyanyian berkenaan.

Elly Mazlein dalam perkongsian di laman Instagramnya iamellymazlein.
Elly Mazlein dalam perkongsian di laman Instagramnya iamellymazlein.

Berdasarkan hantaran  di Instagram, Elly Mazlein berkata, dia meneliti setiap komen yang dilontarkan oleh warga siber berhubung isu itu dan tidak menyalahkan mana-mana pihak apabila memutuskan untuk mengundurkan diri.

“Selepas kak lina membaca kesemuanya, kak lina baca semua komen-komen anda, sudah masanya kak Lina tidak perlu ada di GV (GV10) demi menjaga hati anda dan semua pihak,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Beliau menyatakan niatnya hanya untuk menghiburkan penonton. Malah, Elly Mazlein juga mengakui bahawa segala tindakannya semasa mengacarakan program realiti tersebut adalah salah dirinya sendiri.

“Kak Lina meletakkan kesemua kesalahan pada diri sendiri. Niat kak lina untuk menghiburkan, tapi lain pulak jadinya. Buat semua org tak berminat nak tengok GV pula. Sekali lagi kak lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri,” akuinya.

Perkongsian Elly Mazlein di Instagram iamellymazlein.
Perkongsian Elly Mazlein di Instagram iamellymazlein.

Elly Mazlein turut memohon maaf dan memaklum akan ada penggantinya di GV10 dalam masa terdekat ini.

“Demi kebaikan semua pihak , kak lina tak akan muncul lagi di GV. Minta maaf segala kekhilafan ya, kak lina tak bermaksud apa-apa. Memang nak menghiburkan. Jaga diri ya semua, terima kasih diatas segala kemanisan yang kak lina rasa sebelum ni. Terima kasih banyak-banyak, So I'll sign off,” ujarnya.

gambar Instagram All@gegarvaganza.official
gambar Instagram All@gegarvaganza.official

Pada malam Ahad lalu, pengumuman tiga pengacara GV10 iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein mengundang pelbagai reaksi termasuk ada pihak yang kurang senang dengan gabungan tersebut. Segelintir netizen merasakan gandingan Nabil dan Jihan sudah cukup memeriahkan program realiti tersebut.

Terdahulu, Elly Mazlein dikecam teruk apabila berjoget sakan bersama pemain muzik di belakang dan beberapa gurauan yang dianggap keterlaluan semasa GV 10 bersiaran di kaca televisyen. - Getaran, 27 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Bella Azimat Untuk Saya Beri Persembahan Terbaik - Aliff Aziz

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penantian 25 Tahun Elly Mazlein Dan Tyzo Untuk Menggenggam Trofi ABPBH 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Teruja Beraya Di Kampung Suami Di Kelantan - Elly Mazlein Balik Kampung Awal, Takut Raya Terkejut Lagi

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara