web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syifa Melvin, Safawi Rashid Sambut Kelahiran Anak Pada Sabtu

Syifa selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada Sabtu, jam 5.28 petang

Selebriti Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 9:07AM

Safawi Rashid bersama anak lelakinya, Saif Sulaiman. gambar Instagram Safawi dan Syifa 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran dan penantian pasangan popular Syifa Melvin, 29, dan Safawi Rashid, 26, untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka berakhir pada Sabtu apabila Syifa selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada jam 5.28 petang.

Safawi berkongsi kegembiraan itu menerusi akaun Instagram miliknya dengan sekeping foto yang menunjukkan dia sedang mendukung anak sulungnya itu. Pada ruangan kapsyen, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut berkongsi nama anaknya iaitu Saif Sulaiman Muhammad Safawi.

Safawi dan Syifa.
Safawi dan Syifa.

“MashaAllah, Tabarakallah, Saif Sulaiman Bin Muhammad Safawi, 30.9.2023, 5.28 petang" kongsi Safawi ringkas.

Sementara itu, Syifa turut berkongsi berita gembira itu menerusi Instastory miliknya dengan meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

"Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang... Saif Sulaiman," ujarnya.

Safawi dan Syifa pada majlis 'baby shower'.
Safawi dan Syifa pada majlis 'baby shower'.

Berita kehamilan Syifa telah dikongsi oleh Safawi ketika dia selesai menyertai perlawanan pasukan kebangsaan menentang Kepulauan Solomon pada Jun lalu. Sebelum melangsungkan perkahwinan pada 28 November tahun lalu, pasangan ini menjadi bualan hangat apabila timbul dakwaan kononnya keluarga Safawi tidak merestui percintaan mereka. 

Tahniah buat Syifa dan Safawi dan selamat menjalani hari-hari mendatang dengan pelbagai cabaran serta detik indah bersama anak tersayang. - Getaran, 1 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Lap Mulut Dengan Wang, Anak Tiri Taib Mahmud Undang Kemarahan

4

Sukan 8 bulan yang lalu

Son Heung-Min Pun Manusia Biasa - Muhammad Safawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara