web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribuan Rakyat Malaysia Termasuk Pempengaruh Media Sosial Sokong Freedom For Palestin

Berlangsung secara aman, perhimpunan di Dataran Merdeka itu turut disertai ahli politik, selebriti tempatan

Selebriti Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 7:51PM

Khairul Aming bergambar bersama peserta perhimpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, hari ini. gambar Khairul Aming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perhimpunan solidariti Freedom For Palestine anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) hari ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila ribuan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka sejak awal pagi.

Berlangsung secara aman, ia turut disertai pemimpin dan ahli politik selain pempengaruh media sosial yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu bagi melahirkan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin.

Antaranya, pemenang anugerah Creator Of The Year di Anugerah TikTok 2023 iaitu Khairul Aming yang turut turun padang menyertai orang ramai di lokasi perhimpunan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, Khairul Aming berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan situasi semasa di perhimpunan berkenaan.

“We are here for Palestin,” kongsi Khairul Aming ringkas. Sehingga kini perkongsiannya itu sudah mendapat lebih 500,000 tontonon dengan lebih 32,000 menyukainya.

Sebelum ini, Khairul Aming dilihat sering berkongsi situasi semasa yang sedang dihadapi rakyat Palestin di Gaza. Malah, beliau turut mengajak pengikut menghulurkan sumbangan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia.

Sementara itu, Penasihat MyCare, Dr Hafidzi Md Noor berkata, perhimpunan itu bertujuan mengecam dan menekan masyarakat  dunia untuk menghentikan serangan udara dan darat terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Konflik di antara Palestin dan Israel menyaksikan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sehingga kini, dianggarkan 1,661 kanak-kanak terkorban akibat kekejaman Israel sejak pertempuran meletus pada 7 Oktober lalu iaitu berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Defence for Children International - Palestine (DCIP) pada Sabtu lalu. – Getaran, 22 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambal Nyet Berapi Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

4

Semasa 9 bulan yang lalu

MyCARE Salur RM3.6 Juta Kepada Penduduk Palestin Di Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara