web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MyCARE Salur RM3.6 Juta Kepada Penduduk Palestin Di Gaza

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Dec 2023 5:45PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sudah menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah RM3.6 juta kepada penduduk Palestin di Gaza sejak tercetus konflik antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober lalu.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, bantuan yang diberikan meliputi empat fasa dengan pelbagai barangan keperluan termasuk pakaian, makanan dan perubatan disalurkan.

Beliau berkata, daripada jumlah yang sudah disalurkan, lebih RM700,000 adalah menerusi Tabung Palestin MyCARE Johor.

“Bantuan dan sumbangan ini akan dilakukan secara berterusan sehingga Palestin pulih kerana kemusnahan di Gaza sangat teruk. 

"Bantuan fasa kelima akan cuba disalurkan dalam bulan ini, namun bergantung kepada keadaan semasa di Gaza,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jualan Amal Gaza anjuran Kelab Media Johor (KMJ), Econsave dan MyCARE di Econsave Taman Teratai di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave), Mas Imran Adam dan Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak. 

Sementara itu, Mas Imran berkata, Econsave menyasarkan kutipan RM500,000 menerusi Tabung Kecemasan Palestin dengan kerjasama MyCARE Johor yang dilancarkan pada 14 Oktober lalu, sehingga akhir bulan ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM200,000 sudah terkumpul hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi tabung itu di 94 buah cawangan Econsave seluruh negara.

“Selain kutipan menerusi tabung tersebut, pihak Econsave sendiri akan menyumbang RM100,000 kepada rakyat Palestin, antaranya dalam bentuk barangan, makanan kering, air mineral dan lampin yang akan dibawa masuk dari sempadan Rafah,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Fauzi berkata, KMJ menyumbang sebanyak RM5,000 dan bercadang menjadikan Program Jualan Amal Gaza sebagai acara tahunan.

Beliau yang juga Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia turut berhasrat untuk menjayakan program itu di peringkat nasional bagi membantu mangsa peperangan di Palestin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini