web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

Ada peminat meluahkan rasa terkilan kerana tiada paparan imej wajah Nana pada poster digital di atas pentas

Selebriti Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 4:19PM

Siti Nordiana ketika mengadakan persembahan pada Konsert Tahun Melawat Melaka 2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan ambang tahun baharu 2024 di Melaka baru-baru ini mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat Siti Nordiana atau Nana apabila persembahan penyanyi itu dihadkan kepada satu lagu sahaja. 

Difahamkan, pada awalnya Nana dikehendaki menyampaikan dua buah lagu pada acara sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 dan Konsert Ambang Tahun Baharu 2024 itu. Namun, persembahan keduanya untuk menyampaikan lagu Bakawali dibatalkan pada saat-saat akhir. 

Siti Nordiana (kanan) bergambar bersama Siti Nurhaliza dan Ziana Zain yang turut mengadakan persembahan pada Konsert Tahun Melawat Melaka 2024.
Siti Nordiana (kanan) bergambar bersama Siti Nurhaliza dan Ziana Zain yang turut mengadakan persembahan pada Konsert Tahun Melawat Melaka 2024.

Pada masa sama, peminat juga berasa terkilan kerana poster digital yang dipamerkan di atas pentas tidak memaparkan wajah penyanyi kesayangan ramai itu.

Penganjur konsert sambutan tahun baru Melaka is so unprofessional, sampai hari ni tiada public apologise kepada Siti Nordiana! Sudah lah lagu kena cut, poster pun dia buang gambar Siti Nordiana”, luah @alia_juhari seorang peminat di akaun Instagram penyanyi itu.

Kenyataan ini mendapat respon daripada seorang lagi peminat, @arsyad_syaf: “sedihnya, harap pihak Siti Nordiana boleh tampil bagi sedikit penjelasan untuk melegakan hati kami yang sedih ni”.

Mengulas mengenai insiden berkenaan, pengurus penyanyi berkenaan, Mohd Al Anas Osman memaklumkan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang penjelasan daripada penganjur, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka. 

Menurut Anas, pembatalan persembahan untuk lagu kedua Nana hanya dimaklumkan pada saat-saat akhir iaitu ketika mereka berada di belakang pentas. 

Poster Tahun Melawat Melaka 2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024 yang dikongsi di media sosial.
Poster Tahun Melawat Melaka 2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024 yang dikongsi di media sosial.

Mengenai poster yang tidak memaparkan wajah Nana, Anas berkata, dia tidak pasti mengapa perkara itu boleh berlaku. Ini kerana poster promosi yang diterima daripada pihak penganjur ada memaparkan Nana sebagai salah seorang penyanyi yang terlibat.

Biarpun berlaku perubahan pada saat akhir, Anas memaklumkan bayaran untuk konsert itu tidak bermasalah kerana ia telah dijelaskan lebih awal. – Getaran, 2 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara