web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Izzani Kemalangan Motosikal

Bagaimanapun, pengurus artis itu mengesahkan beliau tidak mengalami kecederaan serius, dan punca kejadian masih belum diketahui

Selebriti Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 4:03PM

gambar Instagram ismailizzani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani dilaporkan terlibat dengan kemalangan motosikal kira-kira jam 9 malam tadi. Bagaimanapun, dia dipercayai tidak mengalami kecederaan serius, namun motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terpaksa ditunda. 

Berita kemalangan itu dihidu oleh pihak media apabila penyanyi ini berkongsi beberapa gambar di Instastorynya, malam tadi. Sementara itu, menurut laporan portal Mstar, pengurus Ismail yang dikenali sebagai Gizmo mengesahkan perkara itu, dan turut memaklumkan Ismail hanya mengalami kecederaan ringan. 

“Saya tidak pasti di mana kemalangan itu berlaku. Hanya tahu di Kuala Lumpur. Saya pun tidak tahu puncanya. Saya masih belum mengetahuinya,” ujarnya kepada Mstar.

Sehingga pagi ini, tiada hantaran terkini yang dimuat naik oleh Ismail berhubung kemalangan itu di akaun media sosialnya. Namun, dia ada memuat naik sebuah video memaklumkan akan berlaku sesuatu yang Istimewa pada hari ini.

“Assalamualaikum. I can’t wait to share the joy with you all on 12.1.2024,” tulis Ismail.

Jadi, sama-sama kita tunggukan apakah ‘kegembiraan’ yang mahu dikongsi oleh jejaka pujaan ramai ini. – Getaran, 12 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara