web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gara-Gara Luahan Beraninya, Tyzo Xander Jadi Rebutan Stesen Radio

Hot FM tanpa membuang masa memuat naik hantaran ‘panas’ di aplikasi X dengan bertanya kepada pendengar sama ada suka atau tidak jika Tyzo menyertai pasukan penyampai mereka.

Selebriti Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 9:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin inilah yang akan berlaku kepada bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander dalam sedikit masa lagi.

Luahan beraninya berhubung penamatan kontraknya di stesen radio popular itu mengundang reaksi yang cukup luar biasa dalam kalangan peminatnya.

Inilah buktinya kuasa viral memungkinkan segalanya. Selepas sehari Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2023 ini melangkah pergi dalam keterpaksaan dari konti Suria FM, sudah ada stesen radio yang menunjukkan minat kepadanya.

Radio milik Media Prima Berhad, Hot FM tanpa membuang masa memuat naik hantaran ‘panas’ di aplikasi X dengan bertanya kepada pendengar mereka sama ada suka atau tidak jika Tyzo menyertai pasukan penyampai mereka.

“Ehem dengar dengar @kool101my nak berebut jugak ni! Mana boleh. Korang setuju tak kalau @tyzoxander join Hot FM? Komen and tag Tyzo okay. Jap kita orang nak set lepak dengan Tyzo ni!” kongsi Hot FM.

Sehingga artikel ini ditulis, kenyataan ini telah dilihat oleh lebih 136,000 kali dan ia telah diulang kicau lebih daripada 500 kali.

Rata-rata mereka yang membaca hantaran ini menyokong seandainya Hot FM membawa masuk Tyzo untuk bersiaran di radio itu.

“Sila bawa Kak Rara sekali sebab hanya Kak Rara mampu layan Tyzo dan cungkil Tyzo,” respon @NaufalAntezem.

Yes please, lepas tu letak dekat segment petang sekali dengan Aishah dan Fizi. Seronok nak dengar celoteh Tyzo petang-petang balik kerja,” komen @nurfarahin259.

Mana-mana stesen radio yang ambil @tyzoxander, pasti aku ikut. Di mana Tyzo berada, di situlah akanku dengar,” komen @phdundemit.

Bagaimanapun, Tyzo mengesahkan belum ada mana-mana individu daripada radio Hot FM yang tampil menghubunginya ketika ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman turut memberi maklum balas terhadap isu panas ini apabila ada pengguna aplikasi X menyebut nama beliau dalam satu hantaran.

“Yaa… esok I ada breakfast meeting ngan dia,” komen beliau ringkas.

Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo secara rasminya berakhir pada petang Jumaat lalu.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menjelaskan keputusan berkenaan adalah antara langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baharu.

Ia bagi menghasilkan produk lebih menarik dan segar bagi tahun ini dan seterusnya. – Getaran, 14 Januari 2024

Foto : Aplikasi X Hot FM

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Tyzo Kecewa Perkhidmatannya Ditamatkan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara